Kapal terbang MAS pertama untuk menunaikan haji - Utusan Malaysia

Kapal terbang MAS pertama untuk menunaikan haji

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PADA 7 Oktober 1974, akhbar Utusan Malaysia melaporkan kapal terbang MAS pertama yang disewa khas oleh Lembaga Urusan dan Tabung Haji (LUTH) telah berlepas ke Jeddah dengan membawa seramai 162 orang bakal haji.

Ia merupakan kali pertama LUTH menggunakan kapal terbang MAS untuk menghantar bakal haji ke Mekah dengan sebanyak 18 penerbangan disediakan bagi tujuan tersebut.

ANTARA PERISTIWA LAIN YANG MENARIK

  • 7 Oktober 1969
    Menteri Pertanian dan Syarikat Kerjasama, Datuk Mohd. Ghazali Jawi mengumumkan penubuhan Majlis Sains Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI).
  • 7 Oktober 1971
    Parti Keadilan Masyarakat (KEMAS) berkemungkinan dibubarkan jika masalah mengenai jawatan Pengerusi dan Setiausaha Agong parti itu tidak diselesaikan.
  • 7 Oktober 1979
    Seramai 60 orang dikejarkan ke Hospital Daerah Tapah apabila wabak demam kepialu (typhoid) menyerang daerah Batang Padang di Perak dalam masa yang singkat.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Untuk pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di 03-74556428 atau emel [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.