Belanjawan 1978 tidak jejaskan rakyat - Utusan Malaysia

Belanjawan 1978 tidak jejaskan rakyat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PADA 29 Oktober 1977, akhbar Utusan Malaysia melaporkan Menteri Kewangan, Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah mengemukakan belanjawan negara yang disifatkan oleh orang ramai sebagai amat sederhana kerana ia sedikit pun tidak menjejaskan kehidupan rakyat, termasuk mereka yang berpendapatan rendah.

Ia termasuklah melakukan perubahan cukai bagi harta untuk mengelakkan spekulasi tanah dan rumah di samping membuat perubahan ke atas duti import. Kerajaan menjangkakan memungut hasil RM8.2 juta daripada langkah-langkah yang diperkenalkan.

ANTARA PERISTIWA LAIN YANG MENARIK

  • 29 Oktober 1968 
    Menteri Besar Negeri Sembilan, Tan Sri Dr. Mohd. Said merasmikan penorehan pokok getah baharu di Rancangan Tanah Pinggir Ulu Baranang yang merupakan rancangan pinggir pertama dalam daerah Seremban.
  • 29 Oktober 1974
    Perdana Menteri, Tun Abdul Razak Hussein melancarkan Lembaga Perpaduan Negara di Jabatan Perdana Menteri.
  • 29 Oktober 1975
    Menteri Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar, Tan Sri Ong Kee Hui memberitahu, kerajaan mengambil keputusan untuk menjual rumah pangsa DBKL kepada penghuninya.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Untuk pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di 03-74556428 atau emel [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya