Kongres Ekonomi Kedua Bumiputera lulus 84 usul - Utusan Malaysia

Kongres Ekonomi Kedua Bumiputera lulus 84 usul

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PADA 10 September 1968, Utusan Malaysia melaporkan sebanyak 84 usul diluluskan dalam Kongres Ekonomi Bumiputera Kedua yang berakhir hari ini.

Tiga daripada usul yang diluluskan itu dibuat oleh Timbalan Perdana Menteri, Tun Abdul Razak ketika berucap pada hari pertama

kongres 7 September lalu. Usul-usul tersebut ialah pembentukan sebuah syarikat perniagaan kebangsaan, penubuhan sebuah syarikat kewangan kebangsaan dan pembentukan syarikat perniagaan insuran.

ANTARA PERISTIWA LAIN YANG MENARIK

  • 10 September 1972
    Yayasan Aminuddin Baki mengeluarkan biasiswa pertamanya untuk anak-anak Melayu.
  • 10 September 1974
    Pemangku Ketua Polis Negara, Tun Haniff Omar mengumumkan penubuhan Batalion Senoi Praaq dalam Pasukan Polis Hutan.
  • 10 September 1977
    Syarikat Coca-Cola menandatangani kontrak bernilai AS$50 juta dolar dengan sebuah kumpulan di Mesir untuk membuka ladang buah-buahan di kawasan seluas 6,070 hektar di padang pasir Ismailia.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Untuk pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di 03-74556428 atau emel [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya