UTM lahirkan siswazah bidang sains - Utusan Malaysia

UTM lahirkan siswazah bidang sains

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PADA 27 Julai 1975, Utusan Malaysia melaporkan Dr. Mahathir Mohamad melahirkan rasa gembira kerana Universiti Teknologi Malaysia (UTM) berjaya melahirkan 326 orang siswazah dalam pelbagai bidang sains dan teknologi.

“Satu pertambahan yang agak tinggi berbanding dengan tahun sebelumnya,” kata beliau.

Berucap dalam Konvokesyen UTM di Kuala Lumpur, Menteri Pelajaran itu juga mengumumkan bahawa kerajaan Arab Saudi bersetuju memberi pinjaman RM41 juta untuk perbelanjaan membeli kelengkapan serta peralatan kampus baharunya di Johor.

ANTARA PERISTIWA LAIN YANG MENARIK

  • 27 Julai 1970
    Kedah umum Pulau Langkawi dan Gunung Jerai sebagai pusat pelancongan antarabangsa.
  • 27 Julai 1973
    Senator Abu Bakar Hamzah dilucutkan daripada jawatan Setiausaha Agung Parti Islam Se- Malaysia (PAS).
  • 27 Julai 1984
    ‘Bomber’ burung helang Amerika yang dilatih untuk melintasi Coliseum Los Angeles pada hari pembukaan Sukan Olimpik ditemui mati dalam sangkarnya.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Untuk pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di 03-74556428 atau emel [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya