Kuala Lumpur kawasan Parlimen baharu - Utusan Malaysia

Kuala Lumpur kawasan Parlimen baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PADA 10 Julai 1973, akhbar Utusan Malaysia melaporkan Dewan Rakyat telah meluluskan Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) menjadikan Kuala Lumpur sebagai kawasan Persekutuan dan menambahkan kawasan Parlimen kepada 154.

Seratus orang anggota Dewan termasuk daripada PAS dan SUPP menyokong rang undang-undang terbabit. Sepuluh anggota pembangkang DAP dan PEKEMAS menentang manakala seorang anggota bebas, Hashim Gera berkecuali.

ANTARA PERISTIWA LAIN YANG MENARIK

  • 10 Julai 1968
    Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman berkata, Malaysia akan membeli sebuah lagi kapal Frigate dari Britain untuk kegunaan TLDM.
  • 10 Julai 1970
    Filem GELORA mungkin arahan terakhir P. Ramlee di Studio Merdeka apabila kontraknya akan tamat pada November ini.
  • 10 Julai 1974
    Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah dan Raja Permaisuri Agong memulakan lawatan rasmi selama empat hari di Britain.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Untuk pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di 03-74556428 atau emel [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya