Cebisan Skylab jadi rebutan - Utusan Malaysia

Cebisan Skylab jadi rebutan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PADA 13 Julai 1979, akhbar Utusan Malaysia melaporkan bandar Balladonia menjadi tumpuan ribuan orang yang berebut-rebut untuk mendapatkan cebisan pertama stesen angkasa, Skylab Amerika Syarikat yang jatuh di sekitar kawasan padang pasir di barat Australia.

Kebanyakan sisa Skylab itu jatuh di selatan Lautan Hindi manakala sehingga 1,000 cebisan seberat 77 tan itu pula jatuh di kawasan yang tidak ramai penduduk iaitu di kawasan terletak kira-kira 500 batu ke timur Perth.

ANTARA PERISTIWA LAIN YANG MENARIK

  • 13 Julai 1970
    Kedai barangan runcit menelan belanja RM20,000 milik Syarikat Jaya Diri ialah kedai runcit bumiputera pertama dibuka di Kampar, Perak.
  • 13 Julai 1975
    Lembaga Urusan dan Tabung Haji membuka cawangannya di Muar dan Batu Pahat, Johor.
  • 13 Julai 1982
    Dunlop Malaysia Industries Berhad (DMIB) bertukar tangan menjadi milik tempatan apabila Pegi Malaysia kepunyaan bumiputera menguasai 51 peratus saham modalnya.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Untuk pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di 03-74556428 atau emel [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya