Tunku ketuai Sekretariat Islam - Utusan Malaysia

Tunku ketuai Sekretariat Islam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PADA 10 Jun 1970, akhbar Utusan Malaysia melaporkan Sekretariat Tetap Negara-Negara Islam akan diketuai oleh Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman, selaku Setiausaha Agung yang akan beribu pejabat di Jeddah, Arab Saudi.

Pemilihan Tunku dipersetujui dalam rundingan dua pihak antara Tunku dengan Raja Arab Saudi, Al- Malik Faisal sebelum itu. Penubuhan Sekretariat dan pelantikan Malaysia untuk mengetuainya diputuskan dalam sidang Menteri-Menteri Luar Negara Islam di Jeddah baru-baru ini.

ANTARA PERISTIWA LAIN YANG MENARIK

  • 10 Jun 1971
    Mesyuarat Agung Kesatuan Guru-Guru Melayu Malaysia Barat (KGM/MB) cawangan Hilir Perak meluluskan usul agar Suruhajaya Perkhidmatan Awam mengkaji semula peraturan yang melarang kakitangan kerajaan daripada berhutang.
  • 10 Jun 1972
    Filem “Pengejaran ke Neraka” terbitan Cathay Keris adalah filem bercorak agama pertama menggunakan Masjid Negara sebagai lokasi penggambaran.
  • 10 Jun 1978
    Selangor yang antaranya dibarisi Mokhtar Dahari, Soh Chin Aun, Santokh Singh dan Ramli Junit menewaskan Singapura 4-2 dalam perlawanan akhir Piala Malaysia.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Untuk pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di 03-74556428 atau emel [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.