Khidmat ekspatriat dihentikan - Utusan Malaysia

Khidmat ekspatriat dihentikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 17 Mei 1972, kerajaan memaklumkan jawatan-jawatan yang dipegang oleh pegawai dagang asing atau ekspatriat dalam syarikat-syarikat perdagangan termasuk bank di negara ini akan diganti dengan rakyat tempatan 100 peratus menjelang tahun 1975.

Ketika menyatakan demikian, Menteri Dalam Negeri, Tun Dr. Ismail Abdul Rahman memberitahu, untuk tujuan itu kerajaan telah menubuhkan sebuah jawatankuasa tetap bagi mengkaji kedudukan pegawai-pegawai dagang asing dalam syarikat termasuk bank-bank. Bilangan pegawai terlibat dalam bank-bank di Malaysia barat ketika itu ialah seramai 164 orang.

ANTARA PERISTIWA LAIN YANG MENARIK :

  • 17 Mei 1977
    Subang Jaya fasa 5 dilancarkan.
  • 17 Mei 1978
    Dewan Senat Amerika membenarkan Presiden Carter meneruskan rancangan penjualan 200 buah kapal terbang pejuang kepada Arab Saudi, Mesir dan Israel.
  • 17 Mei 1980
    Menteri Pelajaran, Datuk Musa Hitam mengumumkan pembinaan empat buah maktab perguruan dengan kos $120 juta.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Untuk pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di 03-74556428 atau emel [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya