STPM diiktiraf di luar negara - Utusan Malaysia

STPM diiktiraf di luar negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PADA hari ini 17 Mac 1983, Menteri Pelajaran, Datuk Dr. Sulaiman Daud berkata, pengiktirafan Sijil Tinggi Peperiksaan Malaysia (STPM) oleh Lembaga Peperiksaan Tempatan, Universiti Cambridge dan universiti-universiti di New Zealand merupakan kejayaan besar bagi Majlis Peperiksaan Malaysia yang mengendalikan STPM sepenuhnya dalam bahasa Malaysia.

Menurutnya, Lembaga Peperiksaan Cambridge mengiktiraf STPM setaraf dengan kelulusan mata pelajaran yang sama bagi peperiksaan GCE `A’ Level di United Kingdom manakala universiti-universiti di New Zealand memberi pengiktirafan yang sama dalam syarat-syarat kemasukannya.

ANTARA PERISTIWA LAIN YANG MENARIK:

  • 17 MAC 1971
    Terengganu mula mendapat siaran televisyen bermula Ogos 1971.
  • 17 MAC 1972
    Public Bank menubuhkan cawangan pertamanya di pantai Timur, iaitu di Kuantan.
  • 17 MAC 1984
    Pandangan jurulatih Frank Lord setelah lebih setahun melatih skuad bola sepak kebangsaan.

Dapatkan maklumat lanjut dari Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Untuk pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di 03-74556428 atau emel [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya