TAWAU: Barisan Nasional (BN) kekal sebagai pilihan utama di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Batu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah. Calon BN DUN Tanjung Batu, Samasuddin Yusop berkata, program yang dijalankan setiap malam menunjukkan perubahan ketara dalam mood pengundi, khususnya apabila kehadiran semakin bertambah berbanding sebelum tempoh kempen bermula. “Alhamdulillah, sokongan masyarakat di sini terus meningkat. Jika dahulu kehadiran kurang, malam ini jauh lebih ramai yang turun. Keyakinan…










