Malaysia kutuk letupan bom di Iran

Malaysia kutuk letupan bom di Iran

SEKURANG-KURANGNYA 103 orang awam terbunuh di Iran ketika dua bom berturut-turut meletup mengenai orang ramai yang sedang berhimpun di kawasan terbuka bagi memperingati ulang tahun pembunuhan Jeneral Panglima Qasem Soleimani. - FACEBOOK ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Malaysia membantah dan mengecam serta mengutuk tegas letupan bom di wilayah Kerman, berdekatan Iran, semalam. 

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sebarang bentuk keganasan ke atas mereka yang tidak berdosa itu amat menyedihkan.

Sudah hampir tiga bulan dunia menyaksikan pembantaian Israel ke atas mereka yang tidak berdosa di Palestin dan yang terbaru di Lubnan dua hari lalu. 

“Malaysia mengutus takziah kepada negara sahabat republik Islam Iran dan warganya, dan Malaysia turut berdukacita dan bersolidariti. Malaysia juga menggesa agar dalang aksi ganas ini diheret ke muka pengadilan. 

“Di tahun baharu ini, Malaysia ingin mengajak dunia untuk ikut membantah budaya ganas dan rakus dan selamatkan kemanusiaan sejagat,” katanya dalam kenyataan, hari ini. 

Semalam, media melaporkan, sekurang-kurangnya 103 orang awam terbunuh di Iran ketika dua bom berturut-turut meletup mengenai orang ramai yang sedang berhimpun di kawasan terbuka bagi memperingati ulang tahun pembunuhan Jeneral Panglima Qasem Soleimani. 

Letupan itu berlaku berhampiran Masjid Saheb al-Zaman di Kerman, kampung halaman selatan Soleimani di mana dia dikebumikan ketika penyokong berkumpul untuk menandakan ulang tahun keempat pembunuhannya dalam serangan dron AS di luar lapangan terbang Baghdad.

Letupan itu dianggap sebagai ‘serangan pengganas’ yang berlaku pada waktu ketegangan memuncak di Asia Barat, sehari selepas pemimpin nombor dua Hamas, Saleh al-Aruri iaitu sekutu Iran terbunuh dalam serangan dron di pinggir bandar selatan Beirut, Lubnan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya