TERKINI: Impak gempa bumi jejaskan 23 juta penduduk, angka

TERKINI: Impak gempa bumi jejaskan 23 juta penduduk, angka korban lepasi 5,000

BEBERAPA wanita dalam kesedihan melihat anggota penyelamat mencari mangsa runtuhan bangunan akibat gempa bumi di Kahramanmaras, Turkiye. -AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GENEVA: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberi peringatan bahawa lebih 23 juta penduduk di kedua-dua negara mungkin terjejas akibat gempa bumi kuat yang melanda Turkiye dan Syria, semalam.

Pertubuhan antarabangsa itu membayangkan bentuk bantuan jangka panjang amat diperlukan oleh golongan yang terjejas.

Pegawai Kecemasan Kanan WHO, Adelheid Marschang berkata, peta gambaran keseluruhan yang dibuat pihaknya menunjukkan bahawa 23 juta penduduk bakal terjejas berikutan bencana alam tersebut.

“Infrastruktur awam dan infrastruktur kesihatan sudah rosak di seluruh wilayah yang terjejas, terutamanya di Turki dan barat laut Syria,” katanya.

Marschang memberitahu, WHO menganggap keperluan utama yang sukar dipenuhi dalam masa terdekat adalah di Syria.

Dalam usaha terkini, pasukan penyelamat dilaporkan menggali runtuhan bangunan bagi mendapatkan mangsa yang tertimbus yang kini mencatatkan angka korban lebih 5,000 orang.

Ketua WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus pula menjelaskan, proses yang berlaku pada waktu ini melibatkan perlumbaan masa.

Pihaknya juga dilaporkan sedang menghantar bantuan segera ke kawasan itu.

“Kami menggerakkan bekalan kecemasan selain mengaktifkan rangkaian pasukan perubatan kecemasan WHO untuk menyediakan penjagaan kesihatan penting bagi mereka yang cedera dan paling terdedah kepada bahaya,” kata Ghebreyesus.

Dalam pada itu, Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana dan Kecemasan Turkiye (AFAD) berkata, beberapa ribu bangunan ranap merentasi wilayah sempadan Turki-Syria, menambah lagi kesengsaraan di kawasan yang dilanda perang, pemberontakan, krisis pelarian dan wabak taun baru-baru ini.

Selain pasukan penyelamat, mangsa-mangsa yang terselamat juga kelihatan menggunakan tangan mereka tanpa bantuan alat teknikal untuk mengutip serpihan runtuhan blok pangsapuri berbilang tingkat.

Mereka cuba menyelamatkan ahli keluarga, rakan dan sesiapa sahaja yang terperangkap dalam runtuhan bangunan selepas gempa bumi pada ukuran 7.8 dan 7.5 magnitud melanda tenggara Turkiye, semalam. -AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya