Pentagon jejaki belon pengintip China, rancang tembak

Pentagon jejaki belon pengintip China, merancang untuk tembak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Pusat pertahanan Amerika Syarikat (AS), Pentagon dilaporkan sedang menjejaki belon pengintip China yang terbang tinggi melintasi ruang udara negara berkenaan.

Kewujudan belon itu dikatakan berlaku hanya beberapa hari sebelum lawatan diplomat tertinggi AS ke Beijing.

Belon itu bagaimanapun mungkin ditembak selepas Presiden AS, Joe Biden meminta Setiausaha Pertahanan, Lloyd Austin dan pegawai tinggi tentera mempertimbangkan untuk berbuat demikian.

Namun, keputusan itu mungkin membahayakan orang awam walaupun tidak menimbulkan ancaman kepada penerbangan awam.

“Jelas sekali, tujuan belon ini adalah untuk pengawasan,” kata pegawai tentera itu yang tidak mahu namanya disiarkan.

Pegawai tentera itu menambah, belon itu terbang di barat laut Amerika Syarikat di mana terdapat pangkalan udara dan peluru berpandu nuklear bawah tanah, tetapi Pentagon tidak percaya ia merupakan ancaman perisikan yang sangat berbahaya.

Kata pegawai itu lagi, pihaknya menilai belon berkenaan mempunyai nilai yang terhad dari perspektif pengumpulan perisikan.

“Tidak syak lagi belon itu adalah dari orang Cina, tanpa menjelaskan sebabnya,” kata pegawai berkenaan.

Ketika ditanya mengenai komen AS, Jurucakap Kementerian Luar China, Mao Ning memberi amaran supaya tidak menghebohkan isu berkenaan tanpa memberikan jawapan yang jelas sama ada belon itu dari China atau tidak.

“Pengesahan sedang dijalankan,” kata Mao.

Penemuan belon itu hanya beberapa hari sebelum lawatan yang dijadualkan ke China oleh Setiausaha Negara AS, Antony Blinken bagi menguruskan ketegangan yang semakin memuncak antara kedua-dua kuasa itu.

Lawatan Blinken ke Beijing akan menjadi lawatan pertama ke negara Asia oleh diplomat tertinggi Amerika Syarikat sejak 2018.

Di samping pertikaian berterusan mengenai perdagangan dan harta intelek, hubungan antara kedua-dua negara sudah renggang terutamanya berhubung Taiwan yang ditadbir secara demokratik dan China berikrar untuk merampasnya semula.

AS menjual senjata kepada Taiwan untuk mempertahankan diri dan Biden berkata Washington akan membantu melindungi pulau itu jika China menyerang. -AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.