‘Anak-anak kami kesejukan’

‘Anak-anak kami lapar, kesejukan’

RAKYAT Syria yang kehilangan tempat tinggal akibat gempa bumi berjalan di padang terbuka di pinggir bandar Jindayris. -AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ANTAKYA: Suhu di bandar Gaziantep di Turkiye menjunam hingga negatif lima darjah Celsius sehingga beribu-ribu keluarga terpaksa bermalam di dalam kereta dan khemah.

Mereka dikatakan terlalu takut untuk pulang ke rumah atau dilarang berbuat demikian.

Pada waktu malam, ibu bapa akan berjalan di jalanan dalam kawasan bandar sambil membawa anak-anak mereka dengan selimut kerana tindakan itu dikatakan lebih memanaskan badan berbanding hanya duduk di dalam khemah.

Seorang penduduk, Melek Halici berkata, dia sendiri memilih untuk berlegar-legar di jalanan berbanding tinggal di dalam khemah yang didapati lebih sejuk.

“Apabila kami duduk, ia menyakitkan dan sangat saya takut sesiapa sahaja boleh terperangkap di bawah runtuhan bangunan. Bagaimanapun, kami perlu pergi ke khemah, tetapi saya tidak mahu,” katanya kepada agensi berita AFP.

Gimnasium, masjid, sekolah dan beberapa kedai turut dibuka pada waktu malam untuk dijadikan tempat tidur.

Tetapi, katil yang disediakan di tempat-tempat berkenaan sangat mahal sehingga beribu-ribu penduduk sanggup menghabiskan malam mereka di dalam kereta dengan enjin dihidupkan untuk memberikan haba panas.

Seorang penduduk, Suleyman Yanik berkata, dia tiada pilihan selain terpaksa tidur di dalam kereta bersama keluarga.

“Baunya sangat menyedihkan, tetapi kami tidak boleh pulang ke rumah,” katanya.

Seorang lagi penduduk, Ahmet Huseyin dan keluarganya yang berkhemah di pekarangan istana abad keenam Gaziantep yang kini rosak teruk akibat gempa berkata, pihak berkuasa tidak melakukan apa-apa untuk mereka.

Dia terpaksa membina rumah sementara dengan menggunakan papan kayu yang dibuang oleh orang lain.

“Mereka sekurang-kurangnya boleh memberi kami beberapa khemah untuk dijadikan tempat tidur.

“Anak-anak kami kesejukan. Saya tidak tahan sejuk tetapi saya juga tidak boleh berfikir untuk kembali ke pangsapuri kami,” tambah bapa kepada lima anak itu.

Di sekitar Halicis, asap dari berpuluh-puluh kebakaran memenuhi udara malam.

Pasar raya dan perniagaan lain memberikan palet kayu kepada keluarga untuk dibakar berikutan cuaca sejuk.

Sesetengah penduduk mencari tempat perlindungan dengan jiran atau saudara mara dan ada yang terus meninggalkan negara ini.-AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya