PENGGIAT tata bahasa Melayu, Siti Hajar Abdul Aziz menyatakan ‘dialek’ berasal daripada perkataan Greek, iaitu dialektos yang merujuk kepada kepelbagaian ciri bahasa yang dituturkan oleh sekumpulan pengguna atau penutur sesuatu bahasa. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2010:348) pula, dialek membawa maksud satu bentuk bahasa yang digunakan dalam sesuatu daerah atau sesuatu kelas sosial yang memiliki perbezaan daripada bahasa standard. Seperti Sabah dan Sarawak yang mempunyai banyak subdialek berasaskan jumlah etnik…