Naskhah puisi ke layar perak - Utusan Malaysia

Naskhah puisi ke layar perak

Antara karya puisi Siti Zaleha M. Hashim yang ditunjukkan ketika sesi temu bual bersama Mingguan Malaysia di Pangsapuri Suri Puteri, Seksyen 20, Shah Alam, baru-baru ini. MINGGUAN/SYAKIR RADIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Mengangkat naskhah novel ke layar perak atau filem bukan sesuatu yang baru kerana sudah banyak judul di dalam dan di luar kita nikmati garapan dalam medium berbeza menjadi filem dan drama,

Sekadar menyebut beberapa contoh novel Lord of The Rings, A Walk in the Clouds adalah antara beberapa naskhah novel popular yang diangkat ke layar perak dan diminati.

Kemudian beberapa karya seni juga diadaptasi kepada genre seni antaranya termasuklah puisi kepada lagu. Puisi Kekasih karya Sasterawan Negara Datuk Dr. Usman Awang, Tetamu Senja karya Sasterawan Negara Datuk A. Samad Said menjadi lagu yang sedap didengar di tangan Kopratasa.

Namun menginjak perubahan zaman, genre sastera ini sudah semakin mendapat perhatian untuk diberi nafas baharu dengan mengangkat bait-bait puisi untuk diambil rohnya dijadikan satu cerita mantap ke layar perak.

Selepas puisi Ada Apa Dengan Cinta nukilan karyawan Indonesia dijadikan filem remaja dengan judul yang sama, genre sastera itu tidak lagi dilihat sekadar kata-kata luahan perasaan. daripada gejolak hati dan jiwa yang lara.

Filem yang diterbitkan di Indonesia pada 2002 itu benar-benar menjadi satu fenomena dan dianggap kebangkitan semula industri filem negara jiran itu .

Puisi Ada Apa Dengan Cinta mengisahkan watak Cinta dan Rangga saling membina hubungan hasil perasaan bermula pertandingan puisi di sekolah mereka yang kemudian berkembang menjadi satu cerita kisah cinta remaja, dan filem itu mendapat sambutan di beberapa negara termasuklah antaranya Malaysia, Brunei dan Singapura.

Cinta tertarik dengan Rangga dan ingin mengenalinya selepas kejayaannya menjuarai pertandingan puisi berkenaan.

Rangga malangnya bukan mudah untuk didekati tetapi insiden dia keciciran buku tulisan berkaitan kisah perjalanan hidup penyair Indonesia, Chairil Anwar berjudul Aku tulisan Syuman Djaya, di situlah kedua-dua watak ini membina hubungan yang serius.

Cinta sebenarnya tertarik dengan Rangga selepas lelaki itu berpesan kepadanya supaya membaca puisi pada halaman terakhir buku berkenaan.

Episod romantis antara kedua-duanya menjadi semakin serius dan mendasari jalan cerita filem berkenaan yang diarahkan Rudi Soedjarwo dan dibintangi oleh Nicholas Saputra dan Dian Sastrowardoyo.

Itu yang dikatakan roh daripada puisi ini menguatkan jalan cerita dan karakter pendukung watak.
Cinta, air mata, persengketaan, pengorbanan, semua menjadi rencah yang diadun menjadikan filem ini meledak di pasaran walaupun sekadar puisi menjadi asas jalan ceritanya.

Demikian puisi diungkap menjadi satu fragmen kehidupan manusia selepas diolah untuk naskhah filem .

Filem Laskar Pelangi juga dihasilkan berinspirasikan puisi penyair Indonesia Chairil Anwar.

Di pentas perfileman Hollywood, filem pemenang Anugerah Oscar Braverheart yang diterbitkan 1995, cemerlang di tangan Mel Gibson .

Filem epik itu mendapat inspirasi daripada puisi abad ke -15, Blind Harry berjudul The Actes and Deidis of the Illustre and Vallyeant Campioun Schir William Wallace.

Dengan memetik sedikit contoh itu, jelaslah puisi bukan lagi sekadar bait-bait kata indah yang disusun dengan sulaman metafora keindahan alam dan bisikan hati manusia.

Di Malaysia, sudah ada karya puisi yang diangkat ke pentas filem dan hasilnya tidak mendukacitakan.
Puisi Sesekali karya Zaleha M Hashim diangkat ke telefilem mengisahkan pengorbanan seorang bapa.

Siti Zaleha menjadikan puisinya satu cerita yang menarik apabila dua bapa yang hidup dalam latar berbeza tetapi menjadikan kasih sayang persoalan utama.

“Tidak salah apabila kita menjadi merpati yang membawa mesej kedamaian dan kadangkala sebagai helang yang mempunyai maruah diri ,” ujarnya memberitahu Mingguan Malaysia.

Siti Zaleha berkata, telefilem tersebut merupakan hasil kerjasama RTM dan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) yang memilih Sesekali untuk dijadikan telefilem.

Berdasarkan sinopsis cerita, Sesekali mengisahkan pengorbanan seorang bapa, Amrin yang membesarkan anak perempuannnya, Kemboja yang berusia enam tahun. Filem yang diarahkan Hisyammuddin Ahmad itu menampilkan Beto Kusyairy, Hariry Jalil, Azhan Rani , Shazman Isaac, Norkhiriyah , Norasmani Shaari dan Puteri Rafasha sebagai pendukung watak.

Filem tersebut memenangi enam Anugerah Telenovela 8 pada 2023. Meskipun Sesekali bukanlah karya pertama dijadikan telefilem tetapi ia berjaya memecah tradisi kerana satu-satunya puisi tempatan dijadikan filem. Malah , filem tersebut meledak di pasaran dan akhirnya dibukukan sebagai novel yang ditulis oleh Lily Haslina Nasir.

Bagi Siti Zaleha yang sudah menghasil kan tidak kurang 500 puisi, kerja kerja mengadaptasi karya seumpama itu ke pentas filem bukan sahaja perlu dilihat sebagai menghargai karya karya puisi tetapi berpotensi menggalakkan golongan muda meminta genre sastera tersebut.

Beliau memberi contoh apabila filem Ada Apa Dengan Cinta meledak di pasaran Indonesia, golongan muda mula mencari semula karya berkenaan .

Orang muda kata beliau patut dipupuk untuk menceburi sastera yang kini semakin terpinggir
Apatah lagi mereka lebih sukakan perkara yang mudah ringan dan menghiburkan.

Siti Zaleha yang sudah mempunyai empat antologi atau kumpulan puisi mahu supaya golongan muda menceburi bidang penghasilan puisi meskipun mereka menganggap bukan bidang glamor, popular dan menjana keuntungan.

Empat kumpulan puisi yang sudah diterbitkan setakat ini ialah Kristal di Laut Bulan Bulan Kapal Kertas dan Lautan Api Camar di Cangkir Bumi dan Masuk ke Alam Awan. Mereka boleh memilih tema penulisan puisi mengikut kecenderungan masing-masing

“Macam saya, sukakan tema angkasa , maka penulis puisi saya banyak berkisar tentang planet angkasa,” katanya lagi sambil menambah karyanya Dongeng Yunani Di Bima Sakti mengungkapkan angkasa

Apa yang penting menurut Siti Zaleha , mereka yang mahu menceburi bidang penulisan perlu rajin mencatat apa sahaja yang terlintas dalam perasaan dan pemikiran.

Ketika ditanya mengapa puisi menjadi bidang sastera yang diceburi, menurutnya beliau puas menghasilkan puisi bagi meluahkan perasaan dengan nukilan kata-kata indah.

Puisi pertama beliau yang tersiar di radio Singapura semasa di bangku sekolah menjadi pendorong menceburi genre sastera tersebut dan tidak henti menulis hingga ke saat ini .

“Oh! Rupanya aku boleh menulis,” ujarnya berbisik dalam, hati selepas puisi berkenaan tersiar, dan minat itu terus dipupuk selepas mendapat galakan daripada seorang wartawan Zahari Afendy. – Mingguan Malaysia

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN