Penonton akan disajikan lebih daripada 20 puisi dalam acara Cipta Citra yang diadakan dalam acara dua hari termasuklah antaranya lagu puisi, deklamasi; sajak, syair, gurindam, menora, monolog, monodrama selain puisi diterjemahkan dalam bentuk filem pendek. Itu yang dijanjikan penganjur Hari Puisi Sedunia yang diadakan selama dua hari bermula 8 Mac ini. Hari Puisi Sedunia merupakan satu deklarasi yang diangkat oleh Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) dalam persidangan…