Kerenah birokrasi halang Melaka jadi negeri solar

Kerenah birokrasi halang Melaka jadi negeri solar

RAIS Yasin (tiga dari kiri) menyampaikan anugerah emas kepada wakil Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) yang memenangi Kategori Pembudayaan Hijau pada Anugerah Hijau Melaka 2022 di Ayer Keroh, Melaka. - UTUSAN/AMRAN MULUP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Melaka mampu menjadi negeri pintar dan berteknologi hijau dengan menggunakan sepenuhnya tenaga solar jika kerenah birokrasi dapat dikurangkan, khususnya melibatkan kelulusan bangunan kerajaan bagi penggunaan teknologi tersebut.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Teknologi dan Telekomunikasi negeri, Datuk Rais Yasin berkata, kerenah birokrasi menjadi penghalang kepada usaha kerajaan negeri dalam membudayakan teknologi hijau.

Menurutnya, masih banyak premis kerajaan tidak dilengkapi sistem bumbung solar kerana perlu mendapat kebenaran di peringkat pusat dan kementerian terlebih dahulu.

“Namun di Melaka usaha menggunakan teknologi hijau sudah bermula dan saya difahamkan sudah ada panel solar digunakan di Pusat Boling Antarabangsa Melaka (MIBC) dan Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG).

“Kita mesti perkasakan lagi teknologi hijau ini dan mengurangkan kerenah birokrasi supaya semua bangunan kerajaan dapat dipasang panel solar, begitu juga di masjid-masjid sudah boleh memasang sistem bumbung solar.

“Ini bukan sahaja memastikan teknologi hijau, malah masjid-masjid dapat penjimatan daripada sudut kewangan. Kita akan bekerjasama dengan Perbadanan Teknologi Hijau Melaka (PTHM),” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Malam Anugerah Hijau Melaka 2022 di sebuah hotel di Ayer Keroh di sini, malam tadi.

Mengulas lanjut, Rais berkata, Program Eco Schools perlu diperluaskan di seluruh sekolah di negeri ini untuk membudayakan golongan pelajar ke arah amalan hijau.

Jelasnya, setakat ini sebanyak 131 sekolah terlibat, namun hanya 17 daripadanya diiktiraf menerima green flag. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.