Inovasi herba tradisional terbukti secara klinikal - Utusan Malaysia

Inovasi herba tradisional terbukti secara klinikal

KETUA Penyelidik Biotropics Malaysia Berhad, Dr. Annie George ketika melakukan kajian di makmal.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penggunaan Eurycoma Longifolia sebagai salah satu sumber perubatan tradisional sudah tidak asing lagi di negara ini.

Malah bahan ini bukan sahaja cukup terkenal di beberapa negara Asia Tenggara, tetapi mendapat perhatian negara luar termasuk Amerika Syarikat (AS).

Bagaimanapun, menerusi kajian saintifik yang membabitkan penyelidik dalam dan luar negara, Eurycoma Longifolia sebenarnya mempunyai pelbagai khasiat yang menyeluruh untuk badan dan kesihatan.

Ketua Penyelidik Biotropics Malaysia Berhad, Dr. Annie George berkata, Eurycoma Longifolia yang diekstrak mampu meningkatkan daya imunisasi badan serta memberi tenaga kepada fizikal dan mental.

“Berdasarkan kajian klinikal terhadap lelaki dan wanita dewasa di Jepun, ekstrak Eurycoma Longifolia dapat meningkatkan sel darah putih ‘T’ dan limfosit sebagai tindak balas imun terhadap ancaman kuman di dalam badan seseorang individu.

“Perlu diingatkan apabila badan sakit akibat jangkitan, ia perlu menghasilkan antibodi. Jadi ekstrak Eurycoma Longifolia ada kebolehan meningkatkan sel-sel imun berkenaan mengikut kajian klinikal dilakukan,” katanya kepada Utusan Malaysia, baru-baru ini.

Di Malaysia, Eurycoma Longifolia digunakan secara meluas dalam perubatan tradisional dan diproses dengan menjadikannya sebagai kapsul serta dicampurkan dengan bahan minuman termasuk kopi.

Salah satu produk Eurycoma Longifolia yang dipatenkan di negara ini adalah Physta® iaitu ekstrak Eurycoma Longifolia terpiawai yang menjalani 16 kajian klinikal dan sembilan kajian toksikologi.

Dalam pada itu, Annie yang mempunyai 20 tahun pengalaman dalam penyelidikan herba berkata, ekstrak Eurycoma Longifolia juga mengandungi bahan aktif yang dapat meningkatkan dopamine iaitu neurotransmitter dalam otak yang dikenali sebagai ‘Feel-Good’ neurotransmitter.

Menurutnya, ia boleh mempengaruhi motivasi, pembelajaran, fokus dan perhatian seseorang terutamanya ketika musim pandemik Covid-19 yang memaksa ramai individu bekerja dari rumah.

“Ada yang berasa tertekan, tidak bermotivasi dan kurang fokus kerana perlu melakukan banyak kerja di rumah seperti menjaga anak dan memasak ketika sedang bekerja. Kalau tidak ditangani dengan baik, tekanan itu boleh menyebabkan kemurungan,” jelasnya.

Sementara itu, Annie memberitahu Eurycoma Longifolia yang dihasilkan menerusi teknik mengisar adalah berbahaya kerana serbuk seperti habuk kayu yang digunakan boleh memberi kesan kepada usus dan buah pinggang.

“Dalam penghasilan Physta® menerusi proses yang melibatkan kawalan tekanan suhu, pensterilan dan ekstrak yang menggunakan air reverse osmosis (RO), ia akan menghasilkan bahan sangat tulen, dipiawai dan bebas patogen,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya