Kek coklat berbentuk keju comel

Kek coklat berbentuk keju comel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEK keju coklat berbentuk keju merupakan antara pencuci mulut moden yang semakin mendapat perhatian ramai, khususnya dalam kalangan penggemar sajian unik dan berkonsep visual.

Berinspirasikan potongan keju dalam animasi klasik Tom and Jerry, pencuci mulut ini tampil dengan lapisan coklat kuning di bahagian luar serta isian keju embut dan berkrim di bahagian dalam.

Keistimewaan hidangan ini bukan sahaja terletak pada rasanya, malah pada bentuknya yang menyerupai keju sebenar lengkap dengan lubang-lubang kecil.

BAHAN-BAHAN:

Lapisan kulit luar:

200g coklat masakan putih
Sedikit pewarna makanan ikut cita rasa. (Disarankan menggunakan pewarna jenis minyak bagi mengelakkan coklat berketul).

Adunan kek keju (Isian):

250g keju krim (suhu bilik)
200ml krim putar tenusu (sejuk)
⅓ cawan susu pekat manis
⅓ cawan susu berkrim

CARA PENYEDIAAN:

Coklat putih dicairkan menggunakan kaedah ‘double boil’. Pewarna dimasukkan dan dikacau sehingga sebati.

Coklat kemudiannya disapukan ke dalam acuan silikon berbentuk keju sehingga menutupi keseluruhan permukaan.

Acuan disejukkan dalam peti ais bahagian beku selama 10 minit. Sapuan boleh diulang bagi mendapatkan lapisan yang lebih kukuh.

Keju krim dipukul bersama susu pekat sehingga licin dan tidak berketul. Dalam bekas berasingan, krim putar tenusu dipukul sehingga kental.

Kedua-dua adunan digabungkan dengan teknik kaup balik secara perlahan sebelum susu berkrim dimasukkan dan digaulkan rata.

Adunan kek keju dimasukkan ke dalam acuan coklat sehingga hampir penuh.

Acuan disimpan dalam peti sejuk bahagian beku selama lima hingga enam jam atau sehingga adunan mengeras sepenuhnya.

Kek keju dikeluarkan daripada acuan silikon dengan berhati-hati. Hidangan dibiarkan pada suhu bilik selama 15 hingga 20 minit sebelum dinikmati bagi mendapatkan tekstur yang lebih lembut dan berkrim.

TIPS

Gunakan acuan silikon khas berbentuk potongan keju bagi mendapatkan rupa yang lebih realistik.

Pastikan coklat tidak terkena air ketika proses pencairan.

Sesuai dijadikan pencuci mulut untuk pelbagai majlis atau produk jualan sejuk beku.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN