Puding pisang magnolia berkrim

Puding pisang magnolia berkrim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
MINGGU ini, Seri kongsikan resipi pencuci mulut yang semakin digemari ramai, puding pisang magnolia.
Gabungan pisang masak yang manis dengan krim menghasilkan tekstur lembut dan rasa yang memikat selera.
Menu ringkas ini sesuai dihidangkan ketika minum petang bersama seisi keluarga.
BAHAN-BAHAN:
Kastard vanila
• 90 gram serbuk kastard segera
• 350 mililiter air sejuk
• 260 gram susu pekat manis
• 2 sudu kecil esen vanila
Krim dan lapisan putar
• 300 gram biskut telur atau biskut jejari
• 4–5 biji pisang berangan besar, masak ranum
CARA PENYEDIAAN:
• Campurkan serbuk kastard segera, air sejuk, susu pekat manis dan esen vanila dalam mangkuk besar.
• Kacau hingga adunan pekat dan licin.
• Balut permukaan kastard dengan plastik bungkusan supaya tidak terbentuk lapisan keras.
• Simpan dalam peti sejuk selama sejam sehingga teksturnya lebih pekat.
• Dalam bekas lain, pukul krim putar hingga kental dan gebu. Pastikan tekstur ringan dan lembut supaya puding kekal berkrim.
• Kemudian, keluarkan kastard dari peti sejuk dan campurkan bersama krim putar.
• Gaul perlahan-lahan hingga sebati menjadi krim lembut.
• Sediakan loyang atau bekas kaca.
• Letakkan sedikit campuran krim sebagai lapisan pertama.
• Susun hirisan pisang di atasnya, kemudian letakkan biskut telur.
• Ulang langkah ini hingga semua bahan habis.
• Akhiri dengan lapisan krim di bahagian atas.
• Simpan dalam peti sejuk sekurang-kurangnya dua hingga tiga jam.
• Jika disimpan semalaman, rasanya lebih sebati dan teksturnya lembut.
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN