Nasi ayam hainan pikat selera

Nasi ayam hainan pikat selera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
SAJIAN kali ini merupakan kegemaran pelbagai peringkat usia daripada kanak-kanak hingga dewasa.
Menghampiri penghujung Syawal, apa kata hidangkan nasi ayam hainan sebagai antara menu untuk rumah terbuka anda.
Pasti ia akan memikat selera ramai tetamu yang berkunjung.
Bahan-bahan nasi:
-550 gram beras wangi wangi
-75 gram halia (dicincang)
-65 gram bawang putih (dicincang)
-3 tangkai serai (diketuk)
-20 gram bawang merah
-6 gram serbuk ayam
-5 gram stok ayam
-2 gram garam
-5 helai daun pandan
-600 mililiter air rebusan ayam
-100 mililiter lemak ayam
Cara pembuatan nasi: 
-Tumis halia dan bawang putih bersama lemak ayam sehingga naik bau.
-Masukkan nasi diikuti bahan-bahan lain.
-Kukus nasi selama 50 minit atau sehingga masak.
Bahan-bahan ayam:
-1.5 kilogram ayam
-150 gram halia (diketuk)
-150 gram daun bawang
Cara pembuatan ayam: 
-Didihkan air dalam periuk bersama halia dan daun bawang.
-Celup ayam ke dalam air rebusan beberapa kali kemudian tenggelamkan sepenuhnya. Tutup api
-Tutup periuk dan biarkan ayam dimasak perlahan dalam haba selama antara 35 hingga 50 minit.
-Setelah masak, segera pindahkan ayam ke dalam air sejuk untuk menghentikan proses memasak dan menegangkan kulitnya.
-Tanggalkan tulang pada peha ayam.
-Kemudian ketepikan untuk dihidang.
Bahan-bahan sos cili:
-180 gram cili merah (dibuang biji)
-20 gram cili padi merah
-150 gram bawang putih (dikupas)
-10 gram halia(dikupas)
-100 mililiter jus limau kasturi
-65 mililiter sos ikan
-15 gram gula
-40 mililiter cuka
Cara pembuatan sos cili: 
-Kisar cili, bawang putih dan halia bersama cuka hingga halus.
-Masukkan baki bahan dan perasakan mengikut citarasa.
Bahan-bahan sos halia bijan:
-50 gram halia (dikupas)
-5 gram daun bawang (bahagian batang)
-3 gram minyak bijan
-30 gram minyak sayur
-1 gram serbuk ayam
Cara pembuatan sos halia bijan: 
-Kisar halus halia dan daun bawang, kemudian perah hingga kering dan ketepikan.
-Panaskan minyak bijan dan sayur hingga mendidih.
-Tuang perlahan-lahan minyak panas ke atas campuran halia.
 -Perasakan dengan serbuk ayam dan gaul rata.
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN