Kuih lapis merupakan antara pemanis mulut tradisional yang digemari ramai sama ada ketika musim perayaan mahupun di majlis keramaian.
Keunikan sajian ini terletak pada lapisan berwarna-warni yang turut memberikan rasa manis berlemak.
Namun, proses penyediaannya menuntut sedikit kesabaran kerana setiap lapisan perlu dikukus satu persatu. Selamat mencuba.
BAHAN-BAHAN
-2 cawan tepung beras
-½ cwn tepung gandum
-½ cwn tepung jagung
-1 cawan santan pekat
-1 cawan krim putar
-3 cawan air
-1 cawan gula
-1 sudu kecil garam
-2 helai daun pandan
-1 sudu kecil pes sirap
-1 sudu kecil pes pandan
CARA PENYEDIAAN
-Masukkan ketiga-tiga tepung bersama garam ke dalam mangkuk dan gaul sebati.
-Dalam periuk berasingan, masak gula pasir bersama air dan daun pandan sehingga gula larut sepenuhnya. Tutup api setelah siap.
-Tuangkan santan dan krim putar ke dalam campuran air gula pandan lalu kacau sehingga sebati.
-Seterusnya, masukkan campuran santan dan air gula sedikit demi sedikit ke dalam adunan tepung. Kacau perlahan-lahan sehingga larut sekata.
-Tapis adunan untuk memastikan tiada ketulan tepung yang tertinggal.
-Bahagikan adunan kepada tiga bahagian menggunakan mangkuk yang berbeza.
-Warnakan bahagian adunan pertama dengan pewarna merah, adunan kedua dengan pewarna hijau manakala adunan ketiga dibiarkan tanpa pewarna.
-Kukus adunan secara berselang-seli mengikut warna selama 5 hingga 7 minit. Ulang sehingga kesemua adunan habis.
-Untuk lapisan terakhir, kukus selama 10 minit untuk memastikan kuih masak sepenuhnya.
-Sejukkan kuih sebelum dikeluarkan daripada loyang. Sedia untuk dihidang.

TIPS
-Sapu loyang bersaiz 7×7 dengan sedikit minyak untuk memastikan kuih tidak melekat dan mudah dikeluarkan.
-Anggaran adunan adalah ¾ cawan untuk setiap lapisan.
-Untuk mendapatkan lapisan atas yang licin, buang dahulu buih-buih yang ada pada permukaan adunan sebelum dikukus.
-Gunakan pisau plastik untuk memotong kuih lapis.










