PELBAGAI persoalan timbul tatkala Malaysia sudah merancang Program Imunisasi – Covid-19 yang akan bermula hujung bulan ini. Biarpun negara sudah pasti melaksanakan program ini bagi membendung penularan pandemik, suara-suara sumbang masih ada hingga ia dilihat seolah-olah mempertikaikan keberkesanannya. Ada juga yang bertanya adakah vaksin ini selamat untuk bayi, kanak-kanak, wanita mengandung atau warga emas? Pakar Perubatan Dalaman Hospital Pakar KPJ Johor, Datuk Dr. M Singaraveloo berkata, penyakit Covid-19 disebabkan jangkitan…










