Pelakon dan pengacara, Datin Lisa Surihani sememangnya terkenal memiliki wajah yang cantik manis. Turut digelar sebagai sweetheart Malaysia, selebriti itu sangat mementingkan penampilan diri.
Baru-baru ini Lisa berkongsikan penjagaan rutin kulit wajahnya agar sentiasa tampil bersih dan berseri. Bagi Lisa, paling penting dalam rejim penjagaan kulit adalah kesihatan kulit wajah itu sendiri.
“Ia bukan mengenai warna kulit, tetapi lebih utama kesihatan kulit. Oleh itu, penggunaan produk selamat tanpa kandungan bahan kimia yang merbahaya perlu dititikberatkan,” katanya kepada Utusan Malaysia.
Memberi penekanan kepada penjagaan kulit sensitif, isteri kepada pengarah dan pelakon, Datuk Yusry Abdul Halim ini juga berhadapan dengan alahan kulit akibat ekzema.
UTAMA KANDUNGAN
Oleh itu, beliau sering mengutamakan aspek kandungan bahan selamat berbanding hanya melihat keberkesanan sesuatu produk.
Katanya, kadang-kadang disebabkan habuk dan tidak menjaga pemakanan membuatkan kulit wajahnya turut gatal-gatal dan kemerahan. Bahagian zon T dan leher antara yang sensitif.
Produk Cetaphil menjadi antara kegemarannya kerana rumusannya selamat untuk semua jenis kulit.
“Pertama kali saya gunakan satu produk lebih daripada setahun kerana ia sesuai dan rasa tidak terlalu ‘kuat’ untuk kulit saya,” katanya yang setia menggunakan jenama berkenaan selama hampir empat tahun.
Selain itu, ibu kepada dua anak ini turut menggunakan jenama berkenaan bagi mengatasi masalah tona kulit tidak sekata.
“Kali ini Cetaphil ada mengeluarkan rangkaian lengkap untuk pencerahan iaitu Bright Healthy Radiance. Setelah menggunakannya saya nampak kesan dalam dua minggu dalam menyeimbangkan tona kulit,” katanya yang juga merupakan rakan kerjasama jenama berkenaan.
Lisa turut mengamalkan rutin kecantikan tersendiri untuk kekal cantik dari luar dan dalam.

MUSTAHAK PEMAKANAN
Selain mengenal pasti jenis kulit sendiri, penjagaan makan dan minum yang betul memainkan peranan penting menghasilkan kulit yang sihat. Makanan dan minuman yang tidak terkawal akan memberi reaksi kepada kulit sekiranya tidak serasi dengan hormon.
“Macam saya sendiri kalau makan makanan laut terlalu banyak akan mula naik ruam dan kemerahan. Oleh itu, saya akan hadkan pengambilan makanan yang memberi alahan kepada kulit. Saya juga pastikan mendapat tidur yang mencukupi setiap hari.
“Selain itu, saya juga amalkan untuk tidak minum air selepas pukul 10 malam kerana saya rasa pada waktu itu sepatutnya biarkan badan membuat kerjanya sendiri. Kalau saya minum selepas pukul 10 malam saya rasa seperti bloated dekat bahagian muka,” kongsinya.
Dalam pada itu, Bright Healthy Radiance adalah rangkaian penjagaan kulit pertama jenama berkenaan untuk mencerahkan kulit dengan selamat.
Pengurus jenamanya, Jessica Chan berkata, ia berfungsi membersihkan kulit secara lembut dan memberi hidrasi supaya kulit sentiasa lembut.
Menggunakan Gentle Bright Technology iaitu kombinasi ekstrak tumbuhan semula jadi, sea daffodil yang terbukti dapat mengawal dan menghalang penghasilan melanin berlebihan.
Ia sekali gus mencerah dan mengurangkan saiz bintik hitam.
“Dengan rangkaian produk Bright Healthy Radiance, kami yakin dapat memberi solusi kecerahan tanpa kerisauan untuk semua jenis kulit termasuk kulit sensitif,” katanya dalam majlis pengenalan produk berkenaan kepada media secara dalam talian baru-baru ini.
Rangkaian yang terdiri daripada pencuci muka, penyegar, krim siang dan malam ini boleh didapati secara berasingan atau satu set di semua farmasi di Malaysia.










