Eksperimen sains untuk adik - Utusan Malaysia

Eksperimen sains untuk adik

Ekoran tindak balas kapilari, anda akan mendapati air berkenaan telah ‘berjalan’ ke dalam gelas yang kosong selepas dibiarkan semalaman.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Bakat sains dalam kalangan kanak-kanak boleh dicungkil sejak usia masih kecil. Cuba perhati gelagat si cilik bermain dengan pasu kaca kegemaran anda, memetik kelopak bunga atau membuang makanan di atas lantai. Ini menunjukkan bahawa mereka sentiasa berusaha untuk meneroka dan bereksperimen dengan sesuatu.

Jangan jadikan penularan wabak Covid-19 memberi impak terhadap pendidikan, pertumbuhan dan pembangunan sosial kanak-kanak.

Ibu bapa mungkin boleh mencuba lima eksperimen sains ini sebagai hiburan dan pendidikan bagi seisi keluarga.

Lebih menarik, jika anda melakukan aktiviti tersebut bersama anak-anak.

Dengan mematuhi arahan yang diberikan secara teliti, anda boleh merangsang minda anak-anak anda menggunakan prinsip saintifik melalui pendekatan pembelajaran menyeronokkan ini.

Pastikan anda menguji setiap eksperimen ini terlebih dahulu sebelum melakukannya bersama anak anda kerana aktiviti ini memerlukan pengawasan ibu bapa. Maklumat lanjut mengenai eksperimen-eksprimen ini boleh didapati di laman 3M Science at Home.

Fenomena air berjalan
Cabaran anda: Pindahkan air dari satu gelas ke gelas yang lain, tanpa menyentuh gelas tersebut.

Bahan diperlukan:
• Lima gelas lut sinar
• Air
• 2 atau 3 pewarna makanan
• Sebatang sudu, dan empat atau lima helai tuala kertas.

Cabaran:
Ekoran tindak balas kapilari, anda akan mendapati air berkenaan telah ‘berjalan’ ke dalam gelas yang kosong selepas dibiarkan semalaman, lantas menghasilkan sebatian warna yang baharu. Anak anda pasti terpesona melihat hasil eksperimen ini pada keesokan harinya.

Ular buih pelangi
Nafas kita merupakan komponen penting bagi, namun tahukah anda bahawa manusia bernafas kira-kira 10 kali setiap satu minit? Kita tahu bahawa tubuh kita memperoleh oksigen dengan menyedut udara segar dan menghembus keluar karbon dioksida. Namun apakah sebenarnya yang berlaku di dalam tubuh kita?

Bahan diperlukan:
• Satu botol minuman lut sinar
• Dua helai belon
• sebilah gunting.

Tarik ikatan belon tersebut ke bawah dengan perlahan untuk melihat bagaimana belon dalam botol itu mengembang.

Cabaran:
Sekarang, perhatikan apa yang berlaku apabila anda menolak ikatan tersebut ke dalam dengan perlahan.

Cipta lampu lava anda sendiri
Air dan minyak tidak boleh bercampur kerana ciri ketumpatannya yang berbeza.

Lampu lava.

Bahan yang diperlukan:
• Satu gelas atau balang lut sinar
• Air
• Minyak sayuran atau minyak mineral
• Pewarna makanan
• Tablet natrium bikarbonat
• Lampu suluh

Tablet natrium bikarbonat bertindak balas dengan air dan bukannya dengan minyak, lantas menghasilkan buih karbon dioksida yang mencetus reaksi seumpama lava. Anak-anak anda pasti tidak lekang mengaduk dan menggoncang gelas tersebut untuk melihat fenomena ini!

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN