Nostalgia bukan sekadar kenangan, tetapi aroma jiwa yang menghidupkan semula detik terindah. Menyingkap keindahan warisan dan emosi masa lalu, jenama minyak wangi tempatan, Sugarbomb memperkenalkan koleksi terbaharunya, Heritage. Wangian eksklusif itu dilancarkan dalam pameran kecantikan antarabangsa, Beautyworld Middle East 2025 di Dubai World Trade Centre, baru-baru ini. Ia menampilkan lima wangian ikonik iaitu Bara Senja, Suci Nurani, Titis Embun, Seloka Malam dan Gemersik Sutera. Istimewanya, Sugarbomb merupakan wakil tunggal ASEAN dalam…










