44 maut kebakaran tujuh blok pangsapuri di Hong Kong - Utusan Malaysia

44 maut kebakaran tujuh blok pangsapuri di Hong Kong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HONG KONG: Sekurang-kurangnya 44 orang terkorban dalam kebakaran besar yang memusnahkan tujuh blok pangsapuri di Wang Fuk Court, Daerah Tai Po, pada Rabu petang.

Menurut pihak berkuasa, puluhan mangsa kini dirawat di hospital, sementara sekurang-kurangnya 279 individu belum ditemui susulan insiden berkenaan.

Ketua Eksekutif Hong Kong, John Lee, memaklumkan kerja memadam kebakaran menunjukkan perkembangan positif dengan tiga daripada bangunan terjejas tidak lagi menampakkan tanda api merebak.

Dalam masa sama, siasatan dijalankan bagi mengenal pasti punca kebakaran yang disifatkan luar biasa berikutan kadar penyebaran api yang terlalu pantas.

Menurut Lee, kompleks kediaman bertingkat tinggi itu sedang menjalani kerja pengubahsuaian ketika kejadian berlaku dan dikelilingi perancah buluh yang digunakan sebagai struktur sementara.

Ratusan penduduk telah dipindahkan ke pusat perlindungan sementara, manakala unit kediaman kecemasan sedang disediakan bagi membantu mereka yang memerlukan penempatan semula.

Pasukan bomba dan penyelamat turut meneruskan operasi sepanjang malam, termasuk usaha dramatik menyelamatkan seorang bayi dan seorang wanita warga emas dari salah satu bangunan yang masih terbakar.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×