Pengusaha bot pukat tunda mohon tambah bekalan diesel bersubsidi - Utusan Malaysia

Pengusaha bot pukat tunda mohon tambah bekalan diesel bersubsidi

BOT pukat tunda yang tersadai sementara menunggu bekalan diesel bersubsidi baharu pada setiap awal bulan di jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) di Kemunting di Kuantan, Pahang. - UTUSAN/ DIANA SURYA ABD WAHAB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Sebanyak 200 bot pukat tunda di sini berdepan masalah kekurangan diesel bersubsidi sejak Julai lalu dan memohon bekalan bahan api itu dinaikkan enam juta liter sebulan.

Sebelum ini, sebanyak 3.1 juta liter diesel bersubsidi diberikan kepada bot pukat tunda di Jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Kuantan di sini.

Wakil persatuan pengusaha bot pukat tunda, Teoh Boon Guan, 40, berkata, ekoran masalah tersebut, pihaknya memohon agar bekalan itu ditambah dengan kadar segera.

“Setakat ini, sejak enam bulan lalu bekalan diesel bersubsidi tidak mencukupi disebabkan pertambahan bot-bot yang berlabuh di sini untuk mendapatkan bekalan minyak.

“Ada banyak lagi bot nak masuk (jeti), kami terpaksa meminta mereka keluar disebabkan masalah ini.

“Sampai sekarang kami tidak boleh berbuat apa-apa dan terpaksa menunggu sahaja setiap kali 25 hari bulan sehingga diesel bersubsidi baharu pada awal bulan,” katanya ketika ditemui pemberita di jeti LKIM Kuantan di Kemunting di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Boon Guan berkata, masalah tersebut menyebabkan kekurangan bekalan hasil laut yang masuk ke jeti.

“Sekali kalau tak turun ke laut boleh kerugian sehingga RM5,000 bagi setiap bot. Disebabkan perkara demikian, rakyat terpaksa beli ikan dan hasil laut lain dengan harga tinggi,” katanya.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teruntum, Sim Chon Siang berkata, beliau memberi jaminan membawa isu tersebut kepada pihak yang berwajib.

“Perkara ini saya ambil maklum dan akan kemukakan kepada pihak kementerian berkenaan, namun kita belum ada menteri.

“Tapi kalau keperluan mendesak, saya akan bawa kepada Perdana Menteri yang baru. Kita akan selesaikan secepat mungkin,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.