Pembakaran hutan: Selebriti lantang bersuara - Utusan Malaysia

Pembakaran hutan: Selebriti lantang bersuara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAGAI jatuh ditimpa tangga, pemerintah Indonesia menerima kritikan dan tamparan hebat gara-gara tidak proaktif dalam menyelesaikan isu kebakaran hutan di Kalimantan.

Rakyat Indonesia sendiri bersuara mengkritik kerajaan Presiden Prabowo, dengan menggunakan platform media sosial untuk mendesak kerajaan mereka bertindak.

Tidak ketinggalan, orang berpengaruh termasuk para selebriti Indonesia turut serta mendesak kerajaan dengan menggunakan media sosial. Berikut lima selebriti yang menggunakan pengaruh untuk menyebarkan kempen menuntut kerajaan menyelesaikan isu pembakaran hutan di Kalimantan.

Memuatkan artikel berkaitan…

TEUKU WISNU

Aktor sinetron terkenal ini terkesan melihat lebih 33,837 hutan Kalimantan hangus dijilat api.
Beliau menggunakan platform media sosial untuk menunjukkan penderitaan yang dihadapi warga sekitar akibat pembakaran hutan.
Beliau turut mendesak kerajaan agar lebih prihatin terhadap isu tersebut dalam mengambil langkah perlu bagi menghalang daripada pembakaran berulang.

TITI KAMAL

Pelakon, Titi Kamal secara konsisten menggunakan media sosial untuk mendoakan agar hujan turun dan meredakan kebakaran hutan di Kalimantan sekali gus membantu masyarakat yang terkesan dengan asap tebal.
Titi juga menyertai barisan artis Indonesia lain seperti Maia Estianty, Inul Daratista dan Jerome Polin, memuat naik tanda pagar #PrayForKalimantan untuk memberi kesedaran terhadap dampak pembakaran hutan terhadap kesihatan masyarakat.

PATRICIA GOUW

Pengacara, Patricia Gouw bersuara menggunakan media sosialnya untuk menyelar kerajaan Indonesia yang berulang kali membiarkan pembakaran hutan di Kalimantan dan Aceh.
model berusia 36 tahun itu, secara lantang menggunakan Thread untuk meluahkan rasa kesal terhadap pemerintah Indonesia yang membiarkan kebakaran hutan berlaku.
“Tuhan tolong kasih hujan di kalimantan. Saya berharap saya memiliki kuasa untuk secara terus menerus membantu Indonesia dan mele­nyapkan Presiden dan semua pihak serta keluarga mereka yang mengamalkan rasuah,” katanya.

CAKRA KHAN

Penyanyi, Cakra secara lantang menggunakan platform media sosialnya untuk menegur sikap tamak pemerintah yang memusnahkan hutan untuk kepentingan peribadi.
Cakra yang memohon maaf kepada negara jiran yang terkesan akibat pembakaran hutan di Kalimantan, tidak gentar dengan ugutan atau hilang pekerjaan hanya disebabkan dia bersuara di media sosial.

SHERINA MUNAF

Sherina Munaf tidak sekadar ‘berkompang’ di media sosial, malah dia juga turut menyertai Balai Konservasi Sumber Budaya Alam dan Borneo Orangutan Survival Foundation untuk memadam kebakaran tanah gambut dan Taman Wisata Alam Geleget Tiawu. Sherina dalam wawancara bersama CNN Indonesia berkata hutan adalah paru-paru dunia yang harus dipelihara dan dijaga sebaiknya.

“Saya perlu melihat sendiri keadaan selepas impak pembakaran hutan yang menjejaskan ekosistem dan persekitaran termasuk Orang Utan yang terkesan apabila hutan dimusnahkan.

“Jika ekosistem ini musnah, kita tidak ada apa-apa,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×