Sudah baca sebaris Al-Quran, rasa mahu baca berbaris-baris - Zila Bakarin - Utusan Malaysia

Sudah baca sebaris Al-Quran, rasa mahu baca berbaris-baris – Zila Bakarin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kerap berinteraksi secara spontan di platform Threads, pelakon, Zila Bakarin tampil meraih perhatian selepas memuat naik perkongsian berkaitan kehebatan membaca Al-Quran.

Menurut Zila atau Rosmawati Bakarin, 51, setiap insan akan mula rasa seronok untuk membaca Al-Quran meskipun hanya satu baris sehari.

“Bacalah Al-Quran walau sebaris ayat setiap hari. Tetapi kalau sudah habis baca sebaris kita mahu baca berbaris-baris seolah-olah kita berborak melepaskan apa yang terpendam. Kehebatan Al-Quran,” katanya.

Kagum dengan perkongsian tersebut, rata-rata pengikutnya bersetuju dengan respons spontan pelakon tersebut di ruangan komen.

“Betul, kadang-kadang macam mahu baca sehelai je muka surat tapi nanti terus jadi dua atau tiga helai,” kata seorang netizen.

“Betul sangat Akak. Tadabbur Al-Quran sangat membahagiakan jiwa,” kata seorang peminatnya.

Zila berkata demikian ketika membalas perkongsian seorang individu yang tersentuh melihat seorang warga emas yang tetap membaca Al-Quran meskipun sedang berada di sebuah premis yang menjual kereta.

“Pak cik adalah insan yang berjaya di dunia dan akhirat,” kata individu itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×