Saya sentiasa sokong Hussain, cuma tidak hebohkan saja - Zaki Yamani - Utusan Malaysia

Saya sentiasa sokong Hussain, cuma tidak hebohkan saja – Zaki Yamani

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penyanyi dan pelakon, Zaki Yamani menepis dakwaan kononnya hubungannya dengan sepupunya, Hussain Jamilul Hayat renggang susulan tular pelbagai spekulasi dalam media sosial.

Menurut Zaki, dia dan Hussain masih mempunyai hubungan kekeluargaan yang baik, namun memilih untuk tidak terlalu menonjolkan kemesraan mereka kepada umum kerana lebih selesa memberikan sokongan secara peribadi.

“Saya dan Hussain memang okey. Saya sentiasa menyokong dia seperti saudara sendiri. Cuma saya tidak hebohkan saja perkara itu sebab saya juga rapat dengan adiknya.

“Masing-masing ada rezeki sendiri. Walaupun saya tidak tunjuk kepada orang, saya boleh sahaja menghantar mesej kepadanya. Saya ada nombor telefon dia dan semua itu berlaku di belakang tabir,” katanya ketika ditemui di Malam Gala Tayangan Filem Tiket Sehala, pada Rabu.

Mengulas dakwaan netizen yang mempersoalkan tindakannya kononnya tidak menegur bapa saudaranya, Jamilul Hayat, Zaki menyifatkan perkara itu hanyalah salah faham yang timbul daripada pemerhatian singkat orang ramai.

“Itu sebenarnya tidak betul. Semasa program Astro berehat, Pakcik Hayat keluar dan saya bawa adik saya sekali untuk bersalam dengannya. Saya bertanya khabar dan memang bersalam dengannya.

“Hubungan saya dengan mereka baik sahaja. Apa yang diperkatakan netizen itu hanyalah spekulasi. Saya memang seorang yang ‘low profile’ atau tidak suka menunjuk,” jelasnya.

Dalam masa sama, Zaki turut menegaskan dia tidak pernah berasa iri hati dengan populariti yang diraih Hussain, selain percaya setiap individu mempunyai rezeki masing-masing.

“Itu rezeki dia. Saya tidak ada sebarang masalah. Saya pun ada rezeki saya sendiri. Saya rasa tidak perlulah saya kongsikan perkara itu. Ayah dia juga merupakan seorang figura yang hebat dalam industri suatu ketika dahulu.

“Jadi saya biarkan Hussain membina kerjayanya sendiri tanpa perlu dikaitkan dengan hubungan kekeluargaan kami,” katanya lagi.

Ditanya mengenai tanggapan segelintir netizen yang mendakwa dia kelihatan murung ketika muncul dalam sebuah program televisyen, Zaki berkata persepsi tersebut jauh tersasar daripada keadaan sebenar.

“Orang hanya nampak daripada luaran. Sebenarnya saya okey sahaja. Malah, adik Hussain, Syakir, juga merupakan pelakon tambahan dalam filem ini. Kami berjumpa di set penggambaran. Jadi memang tidak ada apa-apa masalah antara kami,“ ujarnya.

Berkongsi mengenai filem Tiket Sehala, Zaki mengakui teruja apabila dapat membintangi naskhah arahan Rahila Ali yang turut menggabungkan barisan pelakon tempatan serta dari luar negara seperti, Korea Selatan, Indonesia dan Thailand.

Selain Zaki, pelakon yang terlibat ialah Noki K-Clique, Jaa Suzuran, Sharifah Sakinah, Sheila Mambo, Ardell Aryana, Hasnul Rahmat, Ainee Mustafa, Saha Champ, Hyun Jun Suk, Ha Ju Young dan ramai lagi.

Filem yang mengangkat kisah sindiket penipuan pekerjaan dan pemerdagangan manusia di Korea Selatan itu bakal ditayangkan di pawagam pada 6 Ogos ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN