Pelajar sekolah swasta kalau jumpa memang akan salam walaupun bukan Islam - Rita Rudaini - Utusan Malaysia

Pelajar sekolah swasta kalau jumpa memang akan salam walaupun bukan Islam – Rita Rudaini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon, Rita Rudaini, mengagumi persekitaran serta sahsiah diri pelajar di sekolah swasta yang disifatkannya sangat beradab dan bersopan santun.

Rita atau Rita Rudaini Mohammad Mokhtar, 50, berkata, sikap hormat yang ditunjukkan oleh para pelajar di situ sangat tinggi tanpa membezakan latar belakang dan pegangan agama seseorang.

Pengalaman membesarkan dua anak lelakinya, Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna di sekolah swasta berkenaan sejak dari peringkat sekolah rendah, membuka matanya terhadap persekitaran positif yang diterapkan di sekolah terbabit.

“Pelajar sekolah swasta ini sangat beradab dan pasti semua orang tak sangka. Dari Rayyan darjah satu hingga Arjuna yang kini tingkatan tiga, pelajar-pelajar di sini sangat sopan.

“Jika berselisih dengan kita, tidak kira kenal atau tidak, mereka akan tegur dan salam. Ada juga pelajar bukan Islam yang bersalaman sama macam Islam,” katanya menerusi satu hantaran di Threads miliknya.

Dalam pada itu, Rita turut menepis tanggapan segelintir pihak yang menganggap jadual pembelajaran di sekolah swasta terlalu padat dan membebankan.

“Mahu dikatakan jadual pembelajaran mereka padat, tidak juga kerana jadual belajar dan bermain disusun dengan sangat seimbang.

“Barang-barang yang tertinggal seperti komputer riba atau dompet pasti akan berada di bahagian barang hilang (lost and found) pada keesokan harinya. Almari kunci (locker) juga tidak perlu dikunci dan tiada sesiapa yang akan mencuri kerana mereka memang telah dididik,” katanya.

Hantaran daripada Rita itu dibuat sebagai respons kepada satu persoalan yang dibangkitkan oleh seorang pengguna Threads mengenai perbezaan budaya buli di sekolah-sekolah di Malaysia.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN