Hentikan provokasi, kami ‘co-parenting’ demi keharmonian Fatima - Fazura - Utusan Malaysia

Hentikan provokasi, kami ‘co-parenting’ demi keharmonian Fatima – Fazura

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bagai buang yang keruh, ambil yang jernih, pelakon, Nur Fazura mengakui dirinya sudah bersepakat dengan bekas suaminya, Fattah Amin untuk membesarkan atau ‘co-parenting’ puteri mereka, Nur Fatima Aisya bersama.

Menurut Fazura, proses perdamaian itu dilakukan demi menjaga keharmonian serta kesihatan mental si kecil itu meskipun masing-masing sudah membawa haluan yang berbeza.

“Jika sebelum ini sukar untuk saya dan daddy Fatima (Fattah) ‘co-parenting’ kerana keperitan yang saya lalui sebelum perceraian. Tetapi, sekaran saya berniat keutamaannya hanyalah Fatima.

“Perpisahan ini mesti akan faham yang mungkin emosi anak-anak akan terjejas. Apa yang saya lalui selama dua tahun ini sampai sekarang tidak henti-henti lagi provokasi, fitnah, cacian dan cercaan saya lupakan semua itu kerana mahu hidup tenang.

“Saya mahu membesarkan Fatima sebaik-baiknya, jaga mentalnya, emosinya dan mahu dia membesar dengan bahagia. Alhamdulillah, tercapailah hajatnya apabila kedua-dua kami hadir pada Hari Kebudayaan itu.

“Apabila daddy Fatima pulangkan Fatima pada malam Ahad itu, saya nekad untuk berbincang dengan dia untuk teruskan kehidupan dan mengajaknya untuk membesarkan Fatima bersama. Yang lepas biarlah lepas.

“Sekarang kami ‘co-parent’ untuk keharmonian Fatima supaya dia membesar tanpa rasa sedih,” katanya menerusi sebuah siaran langsung di TikTok.

Dalam masa sama, Fazura turut mendedahkan dia dan Fattah juga sudah sepakat untuk menasihati peminat-peminat mereka agar dapat berhenti mencetuskan ‘perang dingin’ di media sosial.

“Fatima seorang yang sangat bijak. Dia sudah faham situasi dan dia juga seorang anak yang baik. Jadi, dia faham situasi itu. Dan permintaan itu juga dipersetujui oleh daddy Fatima.

“Saya juga ada mengutarakan tentang isu pergaduhan antara peminat. Isu ini tidak akan berlaku jika tidak ada provokasi. Untuk jernihkan keadaan ini, kami berdua sama-sama bersepakat untuk menasihati peminat masing-masing,” jelasnya.

Penyanyi lagu Kisah Terbaik itu turut meminta orang ramai agar menghentikan provokasi serta menghormati keharmonian yang sedang dibina bersama bekas suaminya demi anak kesayangannya itu.

“Di sini juga saya ingin mengambil kesempatan untuk mengingatkan peminat kesayangan saya semoga belajar untuk tahanlah jika ada provokasi atau cercaan, hinaan atau fitnah yang dilemparkan oleh sesetengah individu atau dari sesiapa pun harap semuanya cuba bertahan.

“Kalau saya boleh buat, anda semua boleh buat. Utamakanlah keharmonian Fatima. Saya dan daddy Fatima adalah ibu bapanya. Perjalanannya masih panjang. Usia Fatima juga meningkat sehinggalah dia berkahwin nanti.

“Daddy dialah yang akan jadi wali nanti. Jadi banyak lagi momen yang kita akan rakam untuk kenangan Fatima. Saya harap orang ramai dapat meraikan dan mendoakan yang baik-baik saja untuk Fatima. Kalau tiada perkara yang baik untuk bercakap hentikan. Jangan ganggu proses ini,” ujarnya.

Fazura terpanggil untuk mengulas isu tersebut selepas seorang netizen mendakwa dirinya masih belum boleh meneruskan kehidupan daripada bekas suaminya, Fattah meskipun sudah dua tahun bercerai.

Isu itu mula timbul susulan aktres itu memuat naik momen bahagia ketika dia dan Fattah menghadiri Hari Kebudayaan di sekolah Fatima demi menunjukkan sokongan terhadap anak mereka baru-baru ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN