Jangan benak sangat, suami orang kemas sebab isteri dia jaga - Azza Elite - Utusan Malaysia

Jangan benak sangat, suami orang kemas sebab isteri dia jaga – Azza Elite

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tidak berkompromi dengan perosak rumah tangga, penyanyi dan pelakon, Azza Elite lantang menegur tindakan seorang wanita yang mengakui dirinya menyimpan perasaan dengan lelaki yang berstatus suami orang.

Menurut Azza atau Noor Azzarima Zawari, 49, ramai sahaja lelaki berstatus bujang yang boleh dijadikan pilihan tanpa perlu menjadi individu ketiga yang meruntuhkan kebahagiaan wanita lain.

“Tidak perlu hendak jatuh cinta dengan suami orang sangatlah. Pilihan masih banyak. Sudah tahu orang itu beristeri, hendak juga dengan suami orang,” katanya.

Tidak terhenti di situ, penyanyi lagu Tamparan Wanita tersebut turut menyifatkan ketampanan seorang lelaki yang berstatus suami orang itu juga kerana kesungguhan isteri mereka menjaga penampilannya.

“Suami orang nampak kemas sebab isteri dia jaga. Cuba kalau ada orang jatuh cinta dengan suami awak, kemudian menulis perkara seperti ini, apa perasaan kita,” ujarnya.

Dalam pada itu, Azza turut menyifatkan golongan wanita yang mempunyai perasaan terhadap suami orang itu ibarat tidak memiliki harga diri dan sekadar mengikut nafsu semata.

“Wanita, jangan benak sangat. Boleh? Lebih kepada sikap menggatal dan miang. Dan yang paling utama, semuanya kerana nafsu,” ujarnya.

Terdahulu, seorang wanita menyifatkan jatuh cinta terhadap suami orang adalah ujian paling berat dalam sebuah perhubungan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN