Rasa kurang selamat, Adriana Adnan batalkan hasrat lari bersama pengikut Instagram - Utusan Malaysia

Rasa kurang selamat, Adriana Adnan batalkan hasrat lari bersama pengikut Instagram

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon dan pengacara, Adriana Adnan meluahkan rasa kurang selamat sehingga membatalkan rancangan sesi larian bersama pengikutnya di Instagram.

Menurut Adriana Adnan, 31, dia bercadang untuk mengajak pengikutnya untuk menyertai aktiviti larian tetapi terpaksa dibatalkan disebabkan salah seorang pengikutnya menunjukkan sesuatu yang pelik.

“Hari Ahad pada dua minggu yang lepas, saya mengajak pengikut-pengikut saya di saluran Instagram untuk sertai aktiviti larian.

“Saya memang akan berkongsi di saluran itu kalau ingin membuat aktiviti dengan mereka.

“Tapi, rancangan itu terpaksa dibatalkan begitu sahaja, disebabkan ada sesuatu yang meragukan terhadap salah seorang pengikut,” katanya menerusi satu hantaran di Threads miliknya.

Ujar Adriana, beberapa pengikut menunjukkan minat untuk menyertai sesi larian yang telah dirancang.

“Jadi, pada mulanya, ada beberapa antara mereka ingin menyertai dan saya sangat teruja.

“Saya beritahu nak berlari di mana, pukul berapa nak berjumpa,” jelasnya.

Namun, Adriana berkata, seorang pengikut tiba-tiba meminta nombor telefon peribadinya walaupun maklumat perjumpaan sudah diberikan.

“Ada seorang pengikut ini minta nombor peribadi saya walaupun maklumat sudah diberi,” katanya.

Menurutnya, profil individu tersebut kelihatan normal dan aktif bersukan.

“Selepas itu, saya tengok profil dia, dia nampak normal, nampak seumuran dengan bapa saya dan jenis aktif bersukan.

“Tapi, bila saya semak akaun Threads individu berkenaan, saya terus jadi takut,” ujarnya.

Menurut Adriana, dia mendapati terdapat banyak komen negatif pada hantaran individu tersebut.

“Ramai orang komen dan marah kepada dia dan siap ada yang buat laporan polis terhadap individu tersebut.

“Nasib baik saya percaya kata hati dan tak teruskan dengan larian itu,” tambahnya.

Dalam pada itu, Adrian masih berhasrat untuk mengadakan larian tersebut bersama dengan pengikutnya.

“Tapi saya masih nak mengadakan larian tersebut bersama-sama dengan pengikut saya. Bagaimana ya?,” katanya.

Untuk rekod, nama Adriana mula melonjak naik sebagai pengacara dan wartawan penyiaran bagi program hiburan popular dan dia juga mengendalkan rancangan bual bicara berbentuk gaya hidup dan kesihatan seperti program Hello Doktor.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN