Pelakon bergelar bekas banduan - Utusan Malaysia

Pelakon bergelar bekas banduan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KES jenayah memba­bitkan pelakon banyak dilaporkan dalam media Thailand. Kebanyakan kes tersebut berprofil tinggi, dibawa ke mahkamah dan kemudiannya dipenjarakan.

Berikut lima pelakon yang meringkuk dalam tirai besi.

THANAPAT CHANAKULPISAN

Aktor muda dan berbakat ini ditahan polis pada 2021 bersangkutan pembunuhan teman wanitanya, Chatsaran Sunwannakit.
Polis menahan Thanapat atau Toy Toy di kediamannya dekat Bangkok susulan pembunuhan yang mengakibatkan kematian wanita itu. Chatsaran terbunuh dengan 20 tikaman.

JIRATPISIT JARAVIJIT

Pelakon Jiratpisit Jaravijit ditahan pada 2018 berikutan kegiatan ‘cuci wang’ membabitkan penipuan bitcoin secara besar-besaran.
Dia dituduh terlibat dalam penipuan membabitkan syarikat luar negara sehingga mencecah hampir AS$24 juta.

PANYA YIMUMPHAI

Panya merupakan selebriti Internet dan pelakon terkemuka yang popular selepas menjalani penjara lapan tahun kerana merompak.
Selepas dibebaskan dari penjara, Panya membina empayar media sosial dan membintangi drama A Prayer Before Dawn pada 2017

KAN KANTATHAVORN

Pengacara dan aktor prominen dikenali dengan nama Boss Khan ini ditahan polis pada Oktober 2024 berikutan penipuan besar-besaran membabitkan kumpulan The Icon.
Beliau dan beberapa eksekutif lain disabitkan atas kesalahan operasi skim piramid yang membabitkan penipuan ribuan pelabur.

THANAT THANAWATCHARANONT

Penyanyi yang dikenali sebagai Tom Dundee dihadapkan ke mahkamah kemudian dimasukkan ke penjara pada 2016 gara-gara mencaci institusi diraja Thailand.
Penahanan beliau dibuat selepas video ceramah hasutannya tersebar di internet.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN