Untuk rekod, sebelum ini, Yuka pernah terpalit dengan kontroversi berhubung penganjuran ‘Konsert Malam Sutera Aisha Retno’ yang sepatutnya dijadualkan berlangsung 16 November 2024 di bawah Kharisma Music International.

Menurut Yuka selaku penaung syarikat berkenaan, konsert itu dibatalkan atas faktor jualan tiket yang tidak memberangsangkan.

Bukan itu sahaja, Yuka juga menuntut Aisha membayar semula wang sebanyak RM83,000 yang dipinjamkan bagi merealisasikan persembahan ketika AJL38, Mac tahun lalu.

Susulan pembatalan, Aisha meluahkan rasa kesal dengan tindakan penganjur yang didakwa membuat keputusan mengejut tanpa memaklumkan kepada dirinya terlebih dahulu.