Teh Tarik, Onde-onde ‘tembusi’ dunia digital CookieRun - Utusan Malaysia

Teh Tarik, Onde-onde ‘tembusi’ dunia digital CookieRun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Dua hidangan ikonik kegemaran rakyat Malaysia iaitu Teh Tarik dan kuih Nyonya Onde-onde kini mencuri perhatian dunia apabila dipilih sebagai item kosmetik dalam permainan mudah alih popular global, CookieRun: OvenSmash.

Permainan yang dibangunkan studio terkemuka Korea Selatan, Devsisters itu merupakan sebahagian daripada francais CookieRun yang mempunyai lebih 300 juta pengguna di seluruh dunia serta pernah bekerjasama dengan nama besar termasuk kumpulan K-pop BTS dan filem Wicked.

Edisi terbaharu, CookieRun: OvenSmash, yang dilancarkan secara global pada Mac 2026, turut mencatat rekod apabila meraih satu juta muat turun dalam tempoh hanya tiga hari.

Meneruskan momentum kejayaan itu, permainan berkenaan secara rasmi melebarkan sayap ke rantau Asia Tenggara termasuk Malaysia bermula hari ini.

Bagi meraikan pelancaran serantau tersebut, pihak pembangun memperkenalkan item kosmetik eksklusif yang dilokalkan mengikut pasaran tertentu.

Bagi Malaysia, fitur kosmetik Teh Tarik menampilkan gaya pembungkusan ikonik ‘ikat tepi’ yang cukup sinonim dengan budaya jalanan tempatan, sekali gus membangkitkan elemen nostalgia dalam kalangan pemain.

Sementara itu, kosmetik Onde-onde pula diinspirasikan daripada salutan daun pandan dan inti gula Melaka, yang diolah sebagai aksesori comel dalam permainan berkenaan.

Sebagai tanda penghargaan terhadap sokongan padu pemain tempatan, pihak pembangun turut mengumumkan item kosmetik bertemakan Teh Tarik akan diberikan secara percuma kepada semua pemain.

Sejak pra-pendaftaran dibuka pada Mac lalu, CookieRun: OvenSmash sudah melepasi satu juta pendaftaran di seluruh Asia Tenggara termasuk Taiwan, Hong Kong dan Macau.

Kini, pemain di Malaysia dan Singapura boleh memuat turun permainan itu secara percuma serta menyertai pertempuran aksi pantas berbilang pemain dalam masa nyata.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN