Putus dengan DJKidd, saya masih berkawan dan berhubungan baik - Emma Maembong

Putus dengan DJKidd, saya masih berkawan dan berhubungan baik – Emma Maembong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon popular, Emma Maembong meluahkan rasa terkilan apabila kisah perpisahannya dengan bekas kekasih, DJ Kid didedahkan secara terbuka kepada umum.

Emma atau nama sebenarnya Fatimah Rohani Ismail, 34, bagaimanapun mengambil pendekatan reda meskipun mengakui kurang selesa berkongsi hal peribadi.

Katanya, dia sememangnya tidak gemar mendedahkan kehidupan peribadi, namun terpaksa akur selepas kenyataan tersebut dibuat oleh pihak bekas kekasihnya.

“Sudah tentu ada rasa terkilan dan tersentuh apabila perkara itu dikongsikan. Itu lumrah perasaan, tetapi saya tidak mampu mengawal tindakan orang lain.

“Apabila perkara itu sudah berlaku, saya memilih untuk menerima dan reda,” katanya ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Usanita di sebuah hotel di sini, semalam.

Mengulas lanjut, Emma berkata meskipun hubungan cinta mereka telah berakhir, kedua-duanya masih mengekalkan hubungan baik dan tidak bermusuhan.

Menurutnya, mereka kini mengambil ruang untuk bertenang, selain tidak menolak kemungkinan untuk kembali bersama sekiranya masih ada jodoh.

“Saya tidak suka bermusuh. Hidup ini singkat, jadi kami masih berkawan dan berhubung seperti biasa.

“Namun buat masa ini, kami mengambil masa untuk diri masing-masing. Soal tempoh, saya sendiri tidak pasti,” ujarnya.

Ditanya mengenai kemungkinan trauma untuk kembali bercinta, Emma menegaskan dia tidak pernah menyesal dengan pengalaman lalu, sebaliknya menganggap setiap yang berlaku sebagai proses mematangkan diri.

“Tiada istilah serik atau trauma. Semua ini adalah sebahagian daripada perjalanan hidup.

“Setiap insan yang hadir pasti membawa hikmah, sama ada sebagai pengajaran atau mematangkan kita. Saya tidak menyesal mengenali dia,” katanya.

Tambah Emma, status sebagai individu dikenali ramai menyebabkan setiap perkara dalam kehidupannya menjadi perhatian umum.

“Saya juga pernah melalui kegagalan rumah tangga sebelum ini, namun itu tidak bermakna saya serik untuk bercinta, apatah lagi memikirkan masa depan anak-anak,” jelasnya.

Dalam pada itu, Emma turut menafikan dakwaan kononnya hubungan tersebut berakhir disebabkan tekanan keluarga.

“Keluarga saya tidak pernah memberi tekanan. Mereka hanya memberi nasihat dan sentiasa menyokong selagi keputusan itu baik.

“Jadi, perpisahan ini bukan berpunca daripada keluarga,” katanya.

Sebelum ini, tular di media sosial apabila DJ Kid mendedahkan hubungan serius mereka telah berakhir selepas kira-kira setahun menjalin keakraban yang menjadi perhatian ramai.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN