Puteri Gunung Ledang The Musical buka peluang buat bakat baharu - Utusan Malaysia

Puteri Gunung Ledang The Musical buka peluang buat bakat baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Khusus buat para penggiat seni, Puteri Gunung Ledang The Musical (PGLM) bakal membuka peluang kepada bakat baharu untuk menjadi sebahagian daripada produksi legenda ini.

Menurut penerbit eksekutif PGLM, Puan Seri Tiara Jacquelina, pihak produksi kini sedang dalam fasa mencari pelakon yang mampu menghidupkan kembali karya tersebut.

“Dan yang paling menarik, pihak Enfiniti akan berikan info tentang uji bakat pada hari ini. Jadi kami memang sedang mencari bakat-bakat yang akan menjadi sebahagian daripada perjalanan baharu PGL The Musical ini.

“Saya harap semua akan ikuti @PGLtheMusical on Instagram, Facebook, TikTok dan YouTube supaya tak ketinggalan info tentang uji bakat, pilihan pelakon, penjualan tiket dan banyak lagi,” katanya.

Sejak mula dipentaskan pada 2006 di Istana Budaya, PGLM telah melahirkan ramai bakat dan menjadi antara produksi teater paling berprestij di Malaysia.

Kejayaannya diteruskan dengan pementasan di Singapura dan musim ketiga pada 2009.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN