Ozlynn Waty dedah pernah terima nafkah RM1 dari Johan - Utusan Malaysia

Ozlynn Waty dedah pernah terima nafkah RM1 dari Johan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: “Alhamdulillah, sekarang dia senang. Dia tak pernah lupakan aku.”

Demikian kata pelakon, Ozlynn Waty mengenang momen ketika dirinya pernah diberi nafkah sebanyak RM1 oleh suaminya yang juga seorang pelawak, Johan.

Menurut Ozlynn atau Roslinawaty Ismail, meskipun jumlah nafkah yang diterima pada ketika itu sedikit, dia tidak pernah merungut sebaliknya, menjadikan peluang itu untuk membantu suaminya.

“Hidup dengan suami aku dulu, dia kais pagi, malam kadang-kadang tiada apa nak makan. Tapi sebab kerja aku bagus, dapat tolong suami aku.

“Sampai pernah dia bagi nafkah kepada aku RM1 saja. Aku ambil duit itu, aku cakap “saya terima” sambil senyum,” katanya di Threads.

Terharu dengan sikap Johan yang tidak culas dalam menjalankan tanggungjawabnya sebagai suami biarpun diuji masalah kewangan, Ozlynn mengakui sebak melihat kepayahan pelawak itu mencari rezeki buat keluarga tercinta.

“Dia suruh aku tolong doakan semoga Allah bantu dia Aku terus pergi masuk bilik air, aku nangis sampai sakit tekak aku.

“Bukan sebab jumlah nafkah, tapi cara dia merendahkan maruah dia depan aku. Dan aku nampak usaha dia cari rezeki. Maka aku doa, minta Allah bantu,” kongsinya.

Ozlynn berkongsi perkara tersebut selepas membaca luahan seorang wanita yang mendakwa hubungannya dengan suami menjadi dingin kerana tidak menerima nafkah secukupnya meskipun menerima RM800 sebulan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN