Nadia Rosli 'terbang' ke Indonesia, pikat Ucie Sucita dalam ‘Aduh Ga Kuat’ - Utusan Malaysia

Nadia Rosli ‘terbang’ ke Indonesia, pikat Ucie Sucita dalam ‘Aduh Ga Kuat’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Penyanyi berbakat besar, Nadia Rosli, melakar pencapaian membanggakan apabila berjaya menjalin kolaborasi sulung bersama bintang dangdut popular Indonesia, Ucie Sucita menerusi single berjudul ‘Aduh Ga Kuat’.

Lagu ciptaan sepenuhnya oleh komposer dari negara seberang itu merupakan satu naskhah segar yang menggabungkan elemen pop moden dengan sentuhan muzik yang cukup catchy.

Menurut Nadia, kerjasama ini merupakan peluang keemasan untuk beliau melebarkan sayap seni ke pasaran Indonesia, selain mengakui keserasian yang mudah dibentuk bersama Ucie.

“Bekerja dengan Ucie adalah satu pengalaman yang luar biasa. Walaupun kami dari dua negara berbeza, tetapi jiwa muzik itu tetap sama. ‘Aduh Ga Kuat’ adalah sebuah lagu yang ceria dan saya harap peminat di Malaysia dan Indonesia dapat menerimanya dengan baik,” katanya.

Ucie Sucita yang sebelum ini tular menerusi pelbagai lagu hit di Indonesia pula menyifatkan vokal Nadia mempunyai keunikan tersendiri yang mampu memberi dimensi baharu dalam lagu tersebut.

Muzik video ‘Aduh Ga Kuat’ yang memaparkan konsep visual bertenaga dan penuh warna itu kini sudah boleh ditonton di laman YouTube rasmi, manakala lagu tersebut boleh didapati di semua platform penstriman digital utama.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN