PETALING JAYA: Popular dengan lagu ‘Jiwa yang bersedih’, penyanyi Ghea Indrawari secara terbuka mempelawa tiga nama besar industri muzik Malaysia untuk hadir ke konsert solonya “Rasi Jiwa – Live in Kuala Lumpur”.
Menerusi temubual eksklusif bersama Astro Gempak baru-baru ini, penyanyi yang berasal dari Indonesia itu menyatakan hasratnya dengan penuh sopan mengundang Biduanita Negara, Datuk Siti Nurhaliza, penyanyi, Ernie Zakri dan Aisha Retno untuk meluangkan masa menyaksikan persembahannya yang bakal berlangsung di Zepp Kuala Lumpur, 8 Mei depan.

Momen itu menjadi tular di media sosial, bukan sahaja kerana keberaniannya, namun juga kerana cara Ghea menyampaikan jemputan tersebut yang cukup merendah diri.
Gabungan tiga nama ini jelas menjadikan jemputan Ghea satu momen yang cukup ‘besar’ dalam perjalanan kariernya jika kehadiran Siti Nurhaliza, Ernie dan Aisha menjadi kenyataan ke konsert tersebut pasti menjadi detik bersejarah, bukan sahaja buat buat pelatun lagu “Rinduku” itu, malah buat peminat yang hadir.
Lebih menarik, langkah ini juga dilihat sebagai simbol hubungan erat antara industri muzik Malaysia dan Indonesia yang semakin kukuh.
Dengan deretan lagu penuh emosi dan identiti muzik tersendiri, Ghea dilihat bersedia memberikan persembahan terbaik lebih-lebih lagi jika ‘tetamu undangan’ yang dijemput itu benar-benar hadir.
Jangan lepaskan peluang untuk dapatkan tiket menerusi platform rasmi, BookMyShow (MyBookShow Malaysia) di pautan: https://my.bookmyshow.com/en/events/ghea-indrawari/GHEA26KL
Harga tiket bermula dari RM198 hingga RM238 (Standing), RM338 hingga RM368 (Seating), manakala Meet & Greet RM300 dan VIP Suite RM5,000 bagi pengalaman eksklusif.
Konsert itu bakal menampilkan deretan lagu penuh emosi dan identiti muzik tersendiri yang menjadi kekuatan Ghea, sekali gus menjanjikan sebuah malam yang sarat dengan penghayatan.










