Bekas isteri Along Cham dah kahwinkah? - Utusan Malaysia

Bekas isteri Along Cham dah kahwinkah?

AFREENA SUHAIMI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Ada perkhabaran yang sampai di telinga Cik Bunga. Tidak sangka pula, nama bekas isteri pelawak dan pelakon Along Cham, iaitu Afreena, tiba-tiba jadi sebutan semula. Bukan sebab kontroversi lama, tapi, khabarnya Afreena sudah pun menemui bahagia baru!

Menurut sumber Cik Bunga, Afreena dikata­kan telah mendirikan rumah tangga sekali lagi. Lebih menarik perhatian, lelaki yang menjadi pilihan hatinya itu bukan orang asing, sebaliknya difahamkan adalah bekas suaminya sebelum ini.

Apa yang Cik Bunga dengar, lelaki tersebut seorang yang baik orangnya. Tenang, matang dan jauh daripada kontroversi. Mungkin sebab itu juga Afreena memilih untuk tidak terlalu mencanang kisah bahagianya kepada umum.

Biasalah, ada orang lebih selesa menyimpan kebahagiaan secara sederhana, jauh daripada sorotan lampu dan gosip liar.

Cik Bunga pun faham sangat, selepas apa yang pernah dilalui Afreena sebelum ini, memang bukan mudah. Masih segar dalam ingatan bagaimana dia terpaksa turun naik mahkamah ketika proses perpisahannya dahulu dengan Along.

Fasa yang pastinya memenatkan emosi dan mental, lebih-lebih lagi apabila melibatkan anak-anak.

Tapi itulah, hidup ini sentiasa ada pelangi selepas hujan. Nampaknya kini Afreena sudah berjaya bangkit dan menemui semula kebahagiaan, bukan saja sebagai wanita, tetapi juga sebagai ibu.

Yang penting, dia tenang menjalani kehidupan bersama anak-anak tercinta.

Cik Bunga doakan yang baik-baik saja buat Afreena. Kadang-kadang, kebahagiaan tidak perlu dicanang, cukup sekadar dirasai. Betul tak?

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN