Amirul Aiman sudah berubah? - Utusan Malaysia

Amirul Aiman sudah berubah?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Tiba-tiba, pelakon muda, Mierul Aiman, jadi bualan hangat di belakang tabir industri. Bukan pasal drama baharu atau watak hebat yang dibawanya, tapi cerita yang kurang enak didengar.

Menurut bisik-bisik orang belakang tabir dalam industri, ada yang terasa hati dengan sikap pelakon ini. Katanya, cara percakapan pun sudah berubah. Ada yang mendakwa, bila bercakap seperti tiada bahasa, seolah-olah tidak menjaga perasaan orang sekeliling. Aduhai, betulkah begitu?

Cik Bunga bukanlah hendak menuduh sembarangan. Kita semua tahu, dunia hiburan ini kadang-kadang penuh dengan cerita yang ditambah-tambah. Tapi apabila sudah lebih daripada seorang yang berbunyi perkara yang sama, mestilah timbul juga tanda tanya.

Ada juga yang mendakwa sikapnya kini agak sombong. Kalau dahulu mesra dan mudah bergaul, sekarang katanya seperti sudah lain macam. Mungkin tanpa sedar, mungkin juga terlalu sibuk dengan jadual kerja yang padat. Tapi orang kata, cara kita bercakap dan melayan orang itu mencerminkan siapa diri kita sebenarnya.

Cik Bunga cuma hendak pesan satu saja, kalau benar pun sudah terbang tinggi, jangan lupa bumi di bawah. Tidak rugi kalau kita kekal merendah diri. Orang bukan saja akan terus menyokong, malah lebih menghormati.

Bakat yang ada pada Mierul Aiman itu memang tidak boleh dinafikan. Ramai yang suka melihat lakonannya dan percaya dia boleh pergi jauh dalam industri ini. Sebab itulah bila timbul cerita kurang manis begini, ramai juga yang rasa sayang.

Jadi Cik Bunga harap, kalau ada sesiapa yang rapat dengannya, kawan baik, rakan pelakon atau orang produksi, tegurlah dengan cara yang baik. Kadang-kadang orang tidak sedar sikapnya berubah sehingga ada yang berani menegur.

Bukan apa, tegur tanda sayang. Jangan nanti apabila cerita sudah terlalu jauh tersebar, barulah semuanya jadi lebih sukar untuk diperbetulkan.

Atau mungkin juga semua ini satu salah faham. Kalau benar begitu, bermaaf-maafanlah. Kita pun masih di dalam bulan raya ini, tak begitu?

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN