Masa kecil dulu, bulan puasa meriah, sekarang sunyi - Zara Zya - Utusan Malaysia

Masa kecil dulu, bulan puasa meriah, sekarang sunyi – Zara Zya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon, Zara Zya sayu mengenang momen indah dapat meraikan bulan Ramadan bersama keluarga tercinta suatu ketika dahulu.

Menurut Zara, zaman kanak-kanaknya dahulu terasa sempurna apabila teringat akan kemeriahan mereka sekeluarga berpuasa dan sahur bersama.

“Rindu masa kecil dulu. Kalau bulan puasa, mama atau adik-beradik kejut sahur. Mama masak macam-macam, dari mengantuk berselera jadinya. Meriah betul waktu sahur, satu keluarga berkumpul,” tulisnya di Threads.

Pun begitu, pelakon drama Sumpah Ibuku itu menyifatkan keharmonian yang dulu pernah terbina kini menjadi suram selepas sebahagian keluarganya memilih untuk membawa haluan masing-masing.

“Tapi sekarang, sunyi. Tak sangka, bila saya besar keluarga saya berpecah. Yang dulu setiap hari bertemu muka, sekarang bertahun tak bersua,” katanya.

Lebih menyentuh hati, Zara mengakui gagal menahan sebak apabila set pinggan makan yang pernah menjadi saksi kebahagian sebuah keluarga kini hanya digunakan olehnya bersama ibu tersayang.

“Hari ini, mama saya suruh pakai pinggan lama dia.
Bila tengok pinggan itu, saya sedih sebab terkenangkan siapa yang pernah makan atas pinggan itu dulu.

“Kami enam beranak, sekarang cuma saya dengan mama saya sahaja,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN