KUALA LUMPUR: Penyanyi dan pelakon, Bella Astillah, tampil berkongsi pesanan penuh makna mengenai kepentingan menjaga tutur kata, khususnya dalam era komunikasi digital masa kini.
Menerusi satu hantaran di media sosial, penyanyi ini menegaskan bahawa setiap kata-kata yang diluahkan mencerminkan keperibadian seseorang, sama ada secara sedar atau tidak
“Apa yang kita katakan mencerminkan siapa diri kita. Bertuturlah dengan penuh kebaikan dan bawalah diri dengan bermaruah, walaupun ketika berada di sebalik skrin.
“Kerana segala yang kita sebarkan ke dunia ini akan kembali kepada kita.Sebagai peringatan lembut untuk sentiasa bermuhasabah diri,”katanya di Instagram.
Menurut Bella, masyarakat perlu lebih berhati-hati dalam berinteraksi, terutamanya di alam maya yang sering menjadi medan tanpa batasan emosi dan pertimbangan.
Tambahnya, setiap perbuatan dan kata-kata yang disebarkan akan kembali semula kepada diri sendiri, sama ada dalam bentuk kebaikan mahupun sebaliknya.
Dalam pada itu, Bella Astillah turut mengingatkan orang ramai agar sentiasa bermuhasabah diri serta menilai setiap tindakan sebelum bertindak atau bersuara.
“Kata-kata kita lebih banyak mencerminkan keperibadian diri daripada yang kita sedari. Bertuturlah dengan baik dan jagalah tingkah laku, walaupun di sebalik skrin.
Kerana segala yang kita berikan kepada dunia ini, sama ada baik atau sebaliknya, pasti akan kembali kepada kita.
“Sedikit peringatan untuk sentiasa menilai diri,”tulisnya.
Selain itu, Bella menegaskan bahawa menjadi individu yang baik dan melakukan kebaikan tidak pernah sia-sia, malah memberi kesan positif dalam jangka masa panjang.
Perkongsian tersebut menerima pelbagai reaksi daripada peminat yang rata-ratanya bersetuju dengan mesej yang disampaikan serta menyifatkannya sebagai peringatan berguna dalam kehidupan seharian, khususnya dalam penggunaan media sosial.











