Ramai kehilangan insan tersayang, Sweet Qismina turut terkesan - Utusan Malaysia

Ramai kehilangan insan tersayang, Sweet Qismina turut terkesan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: “Tidak kuat untuk membaca berita kawan-kawan atau orang luar tentang pemergian orang yang mereka sayang.”

Demikian kata pelakon, Sweet Qismina yang terkesan dengan berita tentang kenalan rapatnya yang kehilangan insan tercinta sejak kebelakangan ini.

Kata Sweet, dirinya lebih tersentuh apabila mengenang nasib mereka yang tidak dapat beraya bersama insan tersayang yang telah dijemput Ilahi pada bulan Ramadan.

“Lagi-lagi pada bulan puasa, selepas ini bulan Syawal akan tiba. Perasaan itu, Allah saja yang tahu,” katanya di Threads.

Menerudi hantaran sama, pelakon drama Setiaku Berdiri itu berharap agar mereka yang berdepan dengan kehilangan mengambil masa yang secukupnya untuk kembali bangkit untuk teruskan hidup.

“Salam takziah buat semua yang sedang menghadapinya. Memang tidak akan kuat untuk kita hadap, jadi ambillah masa sebanyak mungkin untuk redakan segalanya.

“Semoga arwah ditempatkan bersama mereka yang beriman,” ujarnya.

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen turut berasakan perkara sama sekali gus menzahirkan kata-kata semangat untuk mereka yang berhadapan situasi duka itu.

Baru-baru ini, aktres, Mimi Lana berkongsi khabar duka bahawa abangnya, Muhamad Sharul Affandy telah meninggal dunia pada hari kelima bulan Ramadan.

Tidak lama kemudian, berita pemergian anak sulung pelakon, Amyza Aznan, Andre Mikhail akibat kanser paru-paru pada malam Isnin lalu turut mengundangkan rasa sebak dalam kalangan masyarakat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN