PETALING JAYA: Ibu kepada pelakon, Puteri Aishah, Norita Sulaiman dikhabarkan telah meninggal dunia, kelmarin.
Khabar duka itu telah dimaklumkan oleh rakan baiknya yang juga pelakon, Shaza Bae menerusi sebuah hantaran di Instagram Story, hari ini.
“Salam takziah buat Puteri Aishah. Al-Fatihah buat bonda tercinta.
“Semoga Allah memeluk kesedihanmu dan memudahkan segala urusanmu Puteri sayang,” tulisnya.
Difahamkan, ibu kepada aktres itu telah meninggal dunia pada 25 Januari 2026.
Bagaimanapun, Shaza tidak memberikan sebarang maklumat terperinci mengenai punca pemergian ibu kepada Puteri Aishah.









